suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu ’gesel’... Giliran Puteri Balqis pula buat laporan polis

Puteri Balqis sebelum ini tampil mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual.

PELAKON Puteri Balqis telah membuat laporan polis berhubung isu dirinya menjadi mangsa gangguan fizikal apabila sengaja digesel oleh seorang pelakon lelaki di set penggambaran.

Perkara itu disahkan oleh bapa tirinya, dikenali sebagai Farris, selain memaklumkan aktres itu sudah menyerahkan bukti sokongan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Ya, Puteri telah membuat laporan polis dan menyerahkan bukti sokongan. 

Bapa tiri Puteri Balqis muat naik kenyataan tersebut di media sosial miliknya.

“Dia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan sudah menyediakan bukti yang diminta mereka,” katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Jumaat. 

Menerusi hantaran itu, Farris menegaskan keluarga sentiasa berdiri teguh di belakang Puteri Balqis.

Farris turut menyifatkan keterangan pelakon drama Dua Nyawa itu kekal konsisten sejak pendedahan dibuat.

Sebelum ini, Puteri Balqis mendedahkan dirinya berasa kurang senang dengan sikap seorang pelakon lelaki yang didakwa bersikap sombong selain sengaja bergesel dengannya tanpa sebab ketika menjalani penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN:  “Jangan sesekali jadi pengkhianat auntie“ - Putri Balqis dedah sikap sebenar Sarimah Ibrahim

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis berang aktor ‘miang‘ ambil kesempatan bergesel di lokasi

Malah, dia mendakwa terpaksa bersemuka dengan pengarah bagi meminta supaya babak membabitkan sentuhan fizikal dikurangkan selepas aktor berkenaan didakwa berulang kali cuba mengambil kesempatan terhadapnya.

Sementara itu, pelakon Zarif Ghazi yang namanya turut dikaitkan dengan kontroversi berkenaan dilaporkan sudah membuat laporan polis bagi mempertahankan diri daripada tuduhan tersebut.

Untuk rekod, Puteri Balqis dan Zarif merupakan antara barisan pelakon yang membintangi drama Dua Nyawa terbitan Global Station yang turut menampilkan Jazmy Juma, Kodi Rasheed, Vanidah Imran dan Eizlan Yusof.

Artikel Lain