suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga lelaki dipaksa merangkak, mencangkung selepas kantoi curi motosikal... Pemilik puas hati laksana hukuman sendiri

Pemilik motosikal memaksa tiga suspek itu melakukan senaman di kawasan pantai.

SEORANG lelaki meraih perhatian ramai selepas memaksa tiga individu yang didakwa mencuri motosikal miliknya melakukan senaman sebagai hukuman.

Menerusi video tular di Facebook, ketiga-tiga suspek lelaki dipaksa merangkak dan melakukan senaman mencangkung di kawasan pantai sebagai pengajaran.

Pemilik motosikal, Nattapon U-arun, 35, berkata, dia berpuas hati dengan hukuman berkenaan dan bakal menarik laporan polis dalam masa terdekat.

Jelasnya, dia tidak mahu ketiga-tiga suspek dipenjarakan atas perbuatan berkenaan kerana ia boleh menjejaskan masa depan dan kehidupan mereka.

Menurut Nattapon lagi, ketiga-tiga lelaki itu turut berjanji untuk membayar ganti rugi atas kerosakan motosikalnya.

Sebelum ini, Nattapon membuat laporan polis selepas motosikal jenis Honda PCX berwarna putih miliknya dilarikan individu tidak dikenali.

Dia kemudiannya bertindak sendiri untuk menjejaki suspek berdasarkan bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV). -Agensi

Artikel Lain