MELIHAT keadaan semakin serius, pengarah drama Dua Nyawa, Riza Baharudin tampil memberikan penjelasan berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan sepanjang proses penggambaran karya berkenaan.Riza berkata, aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan setiap pelakon serta kru produksi sentiasa menjadi keutamaannya sepanjang penggambaran. Menurutnya, setiap adegan dirancang dan diarahkan berdasarkan keperluan skrip, perkembangan watak serta kesesuaian jalan cerita.Jelasnya, sebarang perubahan melibatkan babak juga perlu mendapat pertimbangannya selaku pengarah.Riza mengutamakan keselesaan pelakon sewaktu di set penggambaran.“Saya juga mengambil maklum kebimbangan yang telah disampaikan kepada saya.“Susulan perkara tersebut, saya telah mengadakan perbincangan dengan pelakon yang terlibat dan menetapkan bahawa sebarang sentuhan fizikal dalam adegan hanya boleh dilakukan berdasarkan arahan atau setelah mendapat kelulusan saya selaku pengarah,” katanya menerusi hantaran di Instagram.Tambah Riza, langkah itu diambil bagi memastikan setiap adegan dilaksanakan mengikut keperluan lakonan tanpa mengetepikan keselesaan pelakon yang terlibat.Dia turut menegaskan penjelasan tersebut dibuat berdasarkan pengetahuan dan pemerhatiannya sendiri sepanjang penggambaran.ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Balqis sambut baik tindakan Global Station mahu siasat dakwaan, mohon maaf guna bahasa kasarARTIKEL BERKAITAN: Global Station beri kerjasama penuh dakwaan Puteri Balqis, pandang serius keselamatan artis dan kru produksiDalam pada itu, Riza menghormati hak semua pihak dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa jika diperlukan.“Saya berharap semua pihak dapat memberikan ruang agar perkara ini dapat ditangani secara adil dan berdasarkan fakta,” ujarnya.Sebelum ini, pelakon Puteri Balqis mendakwa kurang senang dengan sikap seorang pelakon lelaki yang didakwa bersikap sombong selain sengaja bergesel dengannya tanpa sebab ketika menjalani penggambaran.Malah, dia mendakwa terpaksa bertemu pengarah bagi meminta supaya babak membabitkan sentuhan fizikal dikurangkan selepas mendakwa aktor berkenaan berulang kali cuba mengambil kesempatan terhadapnya.Sementara itu, nama Zarif Ghazi yang turut dikaitkan dengan kontroversi berkenaan sudah membuat laporan polis bagi membela dirinya.Untuk rekod, Puteri Balqis dan Zarif merupakan antara pelakon yang membintangi drama Dua Nyawa terbitan Global Station yang turut menampilkan Jazmy Juma, Kodi Rasheed, Vanidah Imran dan Eizlan Yusof.