suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Senyum lebar orang Johor... Penjawat awam dapat dua setengah bulan bonus

Onn Hafiz mengumumkan bonus tersebut pada Belanjawan Johor 2027.

PENJAWAT awam negeri Johor bakal menerima insentif khas sebanyak dua setengah bulan gaji sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti mereka sepanjang tahun ini.

Berita gembira itu diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Dewan Negeri Johor pada Khamis.

Menurutnya, penjawat awam merupakan tulang belakang pentadbiran serta penggerak utama dalam menjayakan agenda pembangunan yang dirancang kerajaan negeri.

Jelasnya, sumbangan, dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan seluruh penjawat awam negeri harus mendapat penghargaan sewajarnya.

"Sebagai tanda penghargaan kepada seluruh penjawat awam negeri Johor yang menjadi tulang belakang pentadbiran dan peneraju utama agenda pembangunan negeri, khidmat bakti yang telah ditunjukkan oleh seluruh penjawat awam negeri juga wajar diberi perhatian," katanya.

Artikel Lain