PENYANYI James Blunt nekad mengambil keputusan untuk menukar namanya sebagai tanda menepati janji yang pernah dibuat sebelum ini.Blunt, 52, kini sah menggunakan nama Ryan Bel Air susulan kejayaan album berjudul Airplane Mode yang dilancarkan pada 6 November. Blunt berkongsi perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram dengan menunjukkan borang permohonan pertukaran nama yang telah diisi.Blunt menunjukkan bukti permohonan menukar nama. Blunt atau nama sebenarnya James Hillier Blount sebelum ini membuat perjanjian akan menukar namanya jika album terbaharu itu mendapat sambutan baik.Selepas seminggu dilancarkan, album berkenaan mula menduduki tangga teratas di United Kingdom sekali gus memerlukan dia menepati janji.ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez tarik nafas lega, saman AS$1.2 juta dibatalkan mahkamah ARTIKEL BERKAITAN: Anne Hathaway timang cahaya mata ketigaSementara itu, dalam satu hantaran video di Instagram, penyanyi ini turut menjelaskan bahawa dia kini menggunakan nama Ryan Air dan memberitahu bahawa 'James Blunt tidak akan kembali'."Identiti disahkan," tulisnya.TONTON VIDEO PILIHAN!