suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kan dah nak kahwin, takut apa?” - Bakal suami desak ‘rasmi’ sebelum halal, ugut batal pernikahan jika enggan serah kesucian diri

Pasangan yang belum sah bergelar suami isteri sebaiknya menjaga batas pergaulan dan mengelakkan untuk berdua-duaan. -Gambar hiasan AI

PERJALANAN menuju alam perkahwinan sememangnya bukan mudah. 

Semakin menghampiri detik bahagia, pelbagai dugaan dan cabaran hadir untuk menguji kesabaran serta kepercayaan masing-masing.

Begitu juga dengan seorang wanita ini yang berdepan dilema apabila bakal suaminya mula mendesak untuk melakukan hubungan intim sebelum mereka sah bergelar suami isteri.

"Kami akan berkahwin tidak lama lagi. Persiapan majlis semua sudah siap, cuma tunggu hari sahaja.

"Tapi sejak kebelakangan ini, bakal suami macam mendesak untuk buat perkara yang berlebihan iaitu 'hubungan' suami isteri.

"Kalau saya tolak dan tanya, dia tak habis-habis cakap, kan dah nak kahwin, nak takut apa? Apa perasaan korang kalau di tempat saya?" luahnya di Threads.

Pasangan perlu mengelakkan perkara yang boleh membuka ruang kepada maksiat serta mendorong berlakunya zina. -Gambar hiasan AI

Menurut wanita tersebut, dia bagaimanapun bertegas dengan pendirian untuk mempertahankan kesucian diri sehingga hubungan mereka benar-benar halal.

Bagaimanapun bakal suaminya itu mengugut untuk membatalkan majlis perkahwinan mereka jika dia tetap enggan menyerahkan kesucian diri kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak janda bongkar perangai lelaki, suami orang paling gatal! - “Wanita, henti jadi racun hubungan orang lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Firasat isteri tepat, ada perempuan gatal cuba sondol suami di ofis... Baik lain macam, akhirnya luah rasa cinta

Disebabkan ugutan itu, dia menceritakan perkara tersebut kepada keluarga namun reaksi yang diberikan sama sekali di luar jangkaan.

"Mereka tak percayakan saya dan lebih percayakan bakal suami. Apa pendapat kalian?

"Perlu ke saya teruskan atau batalkan perkahwinan kami?" luahnya meminta pandangan netizen.

  • Seorang wanita dilema apabila bakal suaminya mendesak melakukan hubungan intim sebelum mereka sah berkahwin.
  • Wanita itu menegaskan pendirian untuk menjaga kesucian diri sehingga hubungan mereka halal.
  • Bakal suaminya mengugut batalkan perkahwinan sekiranya dia terus menolak permintaan tersebut.
  • Lebih mengecewakan, keluarganya tidak mempercayai cerita tersebut.
  • Netizen menasihatinya supaya mempertimbangkan semula perkahwinan kerana bakal suami tunjuk ciri 'redflag'.

Di ruangan komen, netizen memintanya mempertimbangkan semula keputusan berkahwin dengan lelaki tersebut.

Selain itu, ramai meminta dia tidak mengabaikan tanda-tanda yang sudah ditunjukkan oleh bakal suaminya.

"Banyak red flags. Lari. Selamatkan diri awak!

"Belum kahwin jadi ada masa lagi. Dia tak hormat dan tak jaga pun maruah awak. Kenapa perlu jadikan lelaki seperti ini sebagai suami?" antara komen netizen.

Artikel Lain