suria

Mak janda bongkar perangai lelaki, suami orang paling gatal! - “Wanita, henti jadi racun hubungan orang lain”

Rasa pedih apabila dikecewakan adalah emosi mendalam yang boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu tunggal mengundang perhatian ramai di media sosial selepas dia berkongsi pandangan tentang sikap segelintir lelaki, khususnya yang sudah berumah tangga.

Menurut wanita itu, setelah hampir empat tahun bergelar janda, dia semakin celik mata tentang realiti yang berlaku di sekelilingnya.

Dakwanya, ramai lelaki berstatus suami orang didapati tidak jujur dalam rumah tangga cuma bezanya sama ada perbuatan itu terbongkar atau berjaya disorok dengan baik.

Jaga hubungan dan elakkan berlaku curang terhadap pasangan sendiri. -Gambar hiasan AI

"Saya makin kenal... rupanya ramai suami orang yang tak jujur dalam rumahtangga. Bezanya, kantoi atau tidak saja sebab ramai yang 'pandai makan, pandai simpan'.

"Jadi isteri mereka tak tahu menahu. Ada yang buat chat lock dan macam-macam cara lagi. Itu belum lagi yang mengaku bujang, tiba-tiba jumpa akaun media sosial isteri dia.

"Posting si isteri nampak macam happy family, perfect family tapi kesian (suami) macam tak cukup kasih sayang. Tambah-tambah lagi usia suami cecah 35 hingga 40 tahun. Dah bosan agaknya tengok isteri hari-hari," ujarnya.

Tambahnya, alasan perhubungan jarak jauh (PJJ) atau bekerja offshore sering dijadikan ruang sesetengah lelaki mengambil kesempatan untuk berlaku curang terhadap pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dedah sisi gelap suami, hampir sempurna tapi kaki porno! Ramai suruh ‘improve’ layanan, pakai seksi kalau itu pasangan suka

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun tahan sabar, wanita dedah suami tak mahu tidur sebilik lepas dapat anak sulung - “Hati saya jadi kosong, sedih”

"Apa-apa pun kita sebagai single mom, bermaruah la apabila sudah tahu lelaki tu hak orang lain. Ada famili dan anak-anak. Pilihlah untuk jauhkan diri.

"Berhenti jadi racun untuk hubungan orang lain. Pernah rasa sakit tu macam mana kan? Tak kan nak bagi orang lain rasa benda sama.

"Maaf cakap, sebagai perempuan... kita ni kena ada maruah sendiri. Jangan rendahkan diri dengan status sebagai 'penyodol'," ujarnya memberi nasihat.

Perkongsian tersebut turut dihujani pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan wanita itu.

  • Ibu tunggal dakwa ramai suami orang tak jujur, cuma bezanya kantoi atau tidak.
  • Ada yang sembunyi perbuatan dengan ‘chat lock’ dan mengaku bujang.
  • Alasan PJJ dan offshore sering dijadikan peluang.
  • Dia pilih undur diri bila tahu lelaki dikenali sudah berkeluarga.
  • Netizen akui perkara sama sering berlaku, cuma ramai tak tahu.

"Saya terus rasa serik nak kahwin lagi. Dah tak nak tanggung beban. Fikir nak tenang apabila ada suami... tapi rupanya tidak ya.

"Wanita hanyalah permainan sandiwara. Lelaki keluar rumah, mereka pandang wanita lain. Susah nak tutup mata sebenarnya.

"Sejak saya dah jadi ibu tunggal ni baru tahu sebenarnya ramai suami orang buat hal. Bezanya cuma tak kantoi je. Mereka lagi terdesak daripada orang bujang," komen beberapa netizen.

Untuk makluman, chat lock ialah fungsi keselamatan dalam aplikasi mesej yang mengunci perbualan tertentu untuk menjaga privasi.

Artikel Lain