suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita kongsi detik cemas diserang ‘heart attack’ selepas berlari, sempat ‘in denial’ sebelum rebah - “Allah masih bagi peluang!”

Wanita terbabit sempat mengambil gambar sebelum mula berasa tidak sedap badan yang merupakan tanda awal terkena serangan jantung. -Gambar hiasan AI

RAMAI menganggap dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk melakukan rutin senaman harian sudah cukup melindungi diri daripada ancaman penyakit berbahaya termasuk serangan jantung.

Namun hakikatnya, tahap kecergasan fizikal bukan satu jaminan. 

Itulah dilalui seorang wanita berstatus pelari aktif apabila terkena serangan jantung sebaik selesai sesi lariannya.

Menerusi perkongsian dibuat di Threads, wanita itu yang juga seorang jururawat unit rawatan rapi (ICU) menceritakan semula detik-detik menakutkan yang berlaku ketika melakukan latihan larian di Sireh Park, Iskandar Puteri, Johor.

Menurutnya, rutin pada pagi Hari Raya kelima lalu pada mulanya berjalan lancar tanpa sebarang petanda awal.

Lokasi di mana wanita tersebut berlari pada hari kejadian. -SIREAH Park

"Raya ke 5, bangun tidur lepas subuh aku terus tukar baju larian dan mintak izin suami. Bulan 5 ada acara Gunung Lambak Trail. Jadi permulaan lepas puasa kita pelan-pelan sepak daun (berlari) kat Sireh Park.

"Permulaan aku panaskan badan macam biasa. Kemudian pelan-pelan aku mula berlari. Kelajuan larian pun tak laju. Mendaki aku perlahankan, menurun aku laju sikit. Tiada tanda dan simptom aku sakit dada, susah nafas. 

"Semuanya baik dan berjalan lancar," katanya yang membuat perkongsian tersebut susulan kes melibatkan seorang pelari tempatan yang meninggal dunia ketika menyertai acara larian baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia kemudianya mula merasai ada sesuatu yang tidak kena terhadap badannya sejurus selesai merakam video di pondok atas bukit dan ketika sedang turun ke tempat letak kenderaan.

Secara tiba-tiba, dadanya berasa sakit luar biasa, namun statusnya sebagai pelari tegar membuatkan dia berada dalam fasa penafian.

ARTIKEL BERKAITAN: Minho mohon maaf ‘kantoi‘ menipu acara maraton, rasa bersalah dengan pelari lain

ARTIKEL BERKAITAN: Pelari maraton semput naik tangga, badan berpeluh sejuk waktu Maghrib... Doktor sahkan tibi, terpaksa ambil ubat 180 hari tanpa henti

"Bila dah selesai ambil video, aku turun ke bawah untuk ke kereta. Masa itu baru aku rasa ada sesuatu yang tak kena. Sakit dekat jantung macam diperah dan perahan tu tak lepas-lepas. 

"Tapi aku menafikan serangan jantung. Takkanlah serangan jantung kut. Haish... aku pelari kot, bersenam hari-hari takkanlah kena serangan jantung. Masih menafikan.

"Aku nak menyejukkan badan, tapi sakit dekat jantung tu menghalang dan aku terus masuk kereta hidupkan enjin dan buka penyaman udara. Panas kut sebab itu rasa macam ni, masih menafikan," luahnya.

Dalam keadaan mengalami kesakitan yang semakin mencengkam, dia masih sempat memandu ke hospital tempatnya bertugas untuk menghantar dokumen kerja kepada dengan dirinya terus berbelah bahagi untuk mendapatkan rawatan ke bilik kecemasan.

"Sampai hospital masih sempat aku cari parkir. Dan teka apa? Aku masih boleh fikir jangan parkir berlapis. Kalau apa-apa terjadi siapa nak alihkan kereta kau.

  • Seorang pelari aktif diserang sakit jantung secara mengejut selepas selesai berlari.
  • Mangsa sempat menafikan tanda awal yang dirasai kerana percaya dirinya mengamalkan gaya hidup aktif setiap hari.
  • Dia memandu sendiri ke hospital tempatnya bertugas untuk melakukan pemeriksaan dada.
  • Pemeriksaan mengesahkan saluran darah utama jantungnya tersumbat sepenuhnya hingga menjadi kritikal.
  • Jantungnya terhenti semasa prosedur dan berjaya diselamatkan selepas menjalani CPR selama 45 minit.

"Selesai parkir kereta kemudian aku pergi wad. Sampai kaunter minta seorang jururawat buatkan ECG (Elektrokardiogram). Sebab aku jururawat ICU, jadi aku boleh baca ECG. Aku nak diagnosis sendiri... punya berlagak," ujarnya.

Sangkaan awalnya meleset apabila keadaannya bertukar kritikal sejurus selepas ujian awal dilakukan.

"Drama bermula di situ, aku muntah dan mula gelisah. Staf wad terus tolak aku ke bilik kecemasan. Bila buat ECG sekali lagi, barulah sah berlaku serangan jantung sebab saluran darah utama tersumbat sepenuhnya. Masa itu baru aku percaya," kongsinya.

Wanita berkenaan kemudiannya dikejarkan ke hospital pakar untuk rawatan angiogram kecemasan, namun situasinya bertukar bertambah cemas apabila dia tiba-tiba rebah di bilik prosedur.

"Aku rebah masa doktor tengah buat prosedur. Pasukan perubatan buat bantuan pernafasan (CPR) selama 45 minit dan bagi lima kali renjatan sebelum jantung kembali berdegup.

"Allahuakbar... Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk hidup lagi di dunia," katanya penuh kesyukuran.

Mengambil iktibar daripada episod cemas hampir meragut nyawanya itu, dia menitipkan pesanan kepada semua komuniti pelari agar sentiasa peka dan tidak memandang ringan sebarang perubahan fizikal ketika beraktiviti.

"Jadi semua... pengajarannya, jangan abaikan! Kalau masa lari korang rasa benda ini tak betul, sakit ni bukan kebiasaan korang, tolong berhenti dan dapatkan rawatan perubatan.

"Aku jururawat dan aku pun seorang pelari yang alhamdulillah kena serangan tapi sempat diselamatkan. Aku hanya sujud syukur pada Allah sebab beri peluang. 

"Mungkin Allah nak aku kongsi dengan kawan pelari yang lain. Tolong dengar rintihan tubuh korang. Dengar tubuh anda. Tak apa tidak habis larian (DNF) sekali pun, sebab nyawa tiada ganti," tegasnya.

Artikel Lain