suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai tak tenang lepas bersara... Elak buat empat kesilapan besar ini, pengurusan kewangan jadi lebih teratur

Kesilapan dalam merancang boleh menjejaskan kewangan ketika bersara. -Gambar hiasan AI

MASALAH kewangan selepas bersara bukan semata-mata disebabkan seseorang itu tidak mempunyai wang simpanan yang mencukupi.

Sebaliknya, terlalu banyak menyimpan wang tunai tanpa strategi atau perancangan pengurusan yang betul juga boleh menjadi satu kesilapan kerana nilainya semakin terhakis akibat inflasi.

Mentor kewangan, Azizi Ali mengingatkan orang ramai supaya tidak memandang ringan beberapa kesilapan yang boleh menjejaskan kestabilan kewangan selepas bersara.

Menurutnya, terdapat empat kesilapan besar yang perlu dielakkan ketika merancang kewangan persaraan.

Aset yang dijangka membawa pulangan boleh menjadi kerugian jika disalah urus. -Gambar hiasan AI

Aset yang dijangka membawa pulangan boleh menjadi kerugian jika disalah urus. -Gambar hiasan AI

1. Mengabaikan risiko perubahan mata wang

- Perkara ini penting terutama bagi individu yang menerima pendapatan dalam mata wang asing.

- Nilai mata wang boleh berubah dengan ketara mengikut keadaan ekonomi dan pasaran.

- Pendapatan yang dilihat mencukupi pada hari ini mungkin tidak lagi mampu menampung perbelanjaan pada masa hadapan akibat perubahan kadar pertukaran mata wang.

2. Tidak mengambil kira kos dan kesukaran menguruskan aset

- Hartanah sememangnya boleh menjadi sumber pendapatan melalui kutipan sewa.

- Namun, pemilik perlu memikirkan siapa yang akan menguruskan penyewa, kerja pembaikan dan pelbagai masalah berkaitan hartanah apabila usia semakin meningkat.

- Persoalannya, adakah seseorang masih mampu menguruskan semua perkara itu apabila mencecah usia 70 hingga 75 tahun.

3. Mengabaikan kerumitan urusan cukai

- Memiliki terlalu banyak hartanah dan aset di pelbagai lokasi boleh menyebabkan urusan percukaian menjadi semakin rumit.

- Malah, kos untuk menguruskan kewajipan cukai juga boleh meningkat.

- Justeru, perancangan aset perlu mengambil kira tanggungjawab percukaian supaya tidak membebankan ketika bersara.

4. Terlalu yakin dengan prestasi pasaran terkini

- Pasaran saham berpotensi memberikan pulangan yang baik dalam jangka panjang.

- Bagaimanapun, pelabur perlu sedar bahawa pasaran juga boleh melalui tempoh bertahun-tahun tanpa pertumbuhan yang ketara.

- Oleh itu, pelan persaraan tidak seharusnya dibina berdasarkan prestasi pasaran yang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

- Sebaliknya, strategi kewangan perlu mengambil kira kemungkinan keadaan ekonomi dan pasaran berubah pada masa hadapan.

Mengulas lanjut, Azizi mengingatkan bahawa matlamat utama persaraan bukanlah untuk menjadi individu paling kaya, sebaliknya memastikan wang yang dimiliki mencukupi untuk menampung kehidupan dengan selesa.

"Persaraan bukan tentang menjadi paling kaya. Persaraan ialah tentang memastikan wang anda cukup dan hidup anda tenang," katanya.

Artikel Lain