DATIN Seri Rosmah Mansor tidak mengetahui mengenai dakwaan bahawa wakil bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke kompleks mahkamah bagi membayar denda RM50 juta yang dikenakan terhadap suaminya, sekali gus menjalani baki tempoh hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Rosmah memaklumkan perkara itu ketika ditemui pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat. "Saya tidak tahu, keluarga juga tidak dimaklumkan mengenainya. Sepatutnya kamu beritahu saya," ujarnya.Rosmah kemudian ditunjukkan tangkap layar tajuk berita terkini yang melaporkan dua individu dipercayai wakil Najib dilihat meninggalkan kaunter pembayaran di kompleks mahkamah berkenaan pada Jumaat.“Kalau salah laporan nanti, mereka tarik balik berita itu," ujarnya lagi.Terdahulu, Rosmah hadir bagi prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi berhubung kes solar hibrid yang dihadapinya.Dia diiringi peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader dan Datuk Jagjit Singh.Sejak awal minggu ini, timbul desas-desus bahawa wakil atau peguam Najib akan membuat pembayaran denda berkenaan.Pada 18 September lalu, dilaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.Bagaimanapun, perintah itu tertakluk kepada syarat Najib menjelaskan denda RM50 juta berkenaan.Tidak lama selepas itu, UMNO melancarkan 'Tabung Solidariti Najib Razak' bagi mengumpul dana sebanyak RM50 juta memandangkan aset peribadi Najib dan keluarganya masih dibekukan.Pada 25 September lalu, peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu pemberita bahawa Najib tidak mempunyai wang sebanyak RM50 juta untuk membolehkan beliau menjalani tahanan rumah. - The Star.