Anugerah Asia ESG Positive Impact Awards (PIA) 2026 berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) Convention Centre.
SEBANYAK 40 syarikat dari Malaysia, Indonesia dan Filipina menerima pengiktirafan pada anugerah Asia ESG Positive Impact Awards (PIA) 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) Convention Centre baru-baru ini.Anugerah berprestij peringkat serantau Asia Tenggara itu dianjurkan oleh Asia ESG Positive Impact Consortium (A-EPIC), hasil kerjasama Star Media Group (SMG), Kompas Gramedia (KG Media) dari Indonesia dan Inquirer Group of Companies (IGC) (Filipina). Pengiktirafan tersebut diberikan kepada syarikat yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam aspek Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), merangkumi 12 kategori penilaian.Antara aspek yang dinilai termasuklah pemuliharaan biodiversiti, pengurusan sisa, penggunaan tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, pengurusan rantaian bekalan, kepelbagaian tenaga kerja, hak asasi manusia serta kesejahteraan komuniti.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup yang hadir sebagai tetamu kehormat berkata, kerjasama serantau penting bagi menangani isu perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group (SMG), Chan Seng Fatt (tiga dari kanan) turut hadir pada anugerah tersebut."Persekitaran alam sekitar negara kita saling berkait rapat dan kesan perubahan serta kemerosotan iklim tidak terhenti di sempadan negara."Hutan hujan dan ekosistem marin yang menjadi sebahagian daripada warisan alam semula jadi bukan sahaja menghubungkan negara kita, malah turut membabitkan komuniti dan sumber kehidupan masyarakat."Oleh itu, usaha melindungi khazanah berharga ini merupakan tanggungjawab bersama di peringkat serantau yang memerlukan penyelarasan dasar lebih kukuh serta kerjasama rentas sempadan yang bermakna," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.Menurutnya, perlindungan hutan hujan dan ekosistem marin merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan penyelarasan dasar serta kerjasama lebih erat antara negara Asia Tenggara.Beliau turut menegaskan bahawa usaha kelestarian bukan sekadar bergantung kepada dasar kerajaan, sebaliknya memerlukan penglibatan sektor korporat dalam menghasilkan pelaburan mampan dan mesra alam.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMG, Chan Seng Fatt berkata, anugerah itu bertujuan mengiktiraf syarikat yang berjaya menterjemahkan komitmen terhadap kelestarian lebih bermakna."Penyelarasan yang lebih menyeluruh ini merupakan satu perkembangan positif namun, kaedah pelaksanaannya berbeza-beza dan menyebabkan syarikat yang beroperasi merentasi sempadan negara berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri."Ekonomi negara kita saling berkait melalui perdagangan, pelaburan dan rantaian bekalan manakala setiap perniagaan mempunyai tahap sumber dan kesediaan yang berbeza."Melalui kerjasama ini, kami berhasrat menghubungkan syarikat di ketiga-tiga pasaran negara serta mewujudkan ruang untuk perbincangan praktikal yang dapat membawa kepada keputusan lebih baik dan perkongsian lebih kukuh," katanya.Anugerah Asia ESG Positive Impact Awards 2026 menghimpunkan pemimpin industri dan pihak berkepentingan bagi meraikan pencapaian serta inisiatif kelestarian.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KG Media, Andy Budiman menyifatkan kerjasama tiga organisasi berkenaan sebagai usaha memperkukuh landskap media serantau serta meningkatkan kesedaran mengenai tindakan iklim, kesaksamaan sosial dan tadbir urus yang baik.Ketua Pegawai Operasi Philippine Daily Inquirer (PDI), Rudyard S. Arbolado pula berharap pengiktirafan tersebut dapat mendorong syarikat meningkatkan usaha ESG dan menjadikannya sebahagian daripada strategi perniagaan jangka panjang.Duta Filipina ke Malaysia, Maria Angela A. Ponce turut menekankan kepentingan kerjasama rentas negara dalam menangani cabaran ESG, khususnya perubahan iklim dan pengurusan bencana yang memberi kesan kepada masyarakat serantau.Dalam pada itu, anugerah Asia ESG PIA 2026 merupakan kemuncak kepada usaha A-EPIC sepanjang tahun, termasuk penganjuran Asia ESG Summit 2026 pada 21 dan 22 Julai lalu di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Selangor.Platform tersebut bertujuan menghubungkan syarikat serta pemimpin industri untuk berkongsi amalan terbaik dalam memperkukuh agenda kelestarian demi masa depan negara di rantau Asia Tenggara.