Berkongsi perbelanjaan adalah salah satu cara untuk memastikan setiap pihak memainkan peranan dalam menguruskan komitmen bersama. -Gambar hiasan AI
SIKAP saling membantu sememangnya dituntut dalam sesebuah keluarga terutamanya apabila melibatkan adik-beradik sendiri.Namun, niat baik untuk menumpangkan ahli keluarga bertukar menjadi satu kekecewaan apabila individu yang dibantu seolah-olah mengambil kesempatan dan menambah beban kepada tuan rumah. Itulah situasi mencabar yang dilalui seorang wanita apabila adiknya menumpang di rumahnya selama dua bulan akibat kediaman ibu mereka sedang menjalani kerja-kerja pengubahsuaian."Adik aku datang menumang sebab rumah mak tengah baik pulih. Dah dua bulan dia tumpang. Aku ni tak kerja dan setiap bulan mengharapkan duit gaji suami."Suami aku pula gajinya tidak besar mana pun, cukup-cukup makan kami tiga beranak dan aku pun tengah mengandung anak kedua. Bulan depan nak bersalin dah. Adik aku ni pula menumpang nak senang, nak duduk dalam aircond 24 jam," luahnya.Segelintir individu yang menumpang rumah ahli keluarga perlu menghormati privasi tuan rumah serta menjaga adab sepanjang berada di kediaman tersebut. -Gambar hiasan AIMenurut wanita tersebut, dia terpaksa menegur adiknya itu agar lebih berhemah menggunakan kemudahan di rumah,namun teguran itu langsung tidak diendahkan.Hilang sabar dengan kedegilan adiknya, dia mengambil keputusan drastik dengan menyembunyikan alat kawalan jauh pendingin hawa di bilik adiknya.ARTIKEL BERKAITAN: Niat tolong adik beristeri dua makan diri, 4 tahun bagi sewa rumah tapi tak pernah bayar... Siap ugut nak cederakan kakak sendiri!ARTIKEL BERKAITAN: Seronok berhimpun adik beradik di rumah pusaka, ramai tak buat perkara sepatutnya apabila pulang"Bil elektrik melambung sampai hampir RM400. Lepas tu dia pula cakap aku berkira dan suruh aku bayar duit makan (RM15.60)."Jadi aku minta duit sewa untuk bulan September dan Oktober memandangkan dia pun berkira sangat."Jumlahnya RM384.40 selepas ditolak duit makan tadi. Anda rasa macam mana, betul ke tindakan aku ni?" kongsinya sambil meminta pandangan warga maya.Seorang wanita geram apabila adiknya menumpang di rumahnya selama dua bulan.Wanita itu tidak bekerja, bergantung pada gaji suami dan sedang sarat mengandung anak kedua.Dia menegur adiknya yang didakwa menggunakan 'aircond' 24 jam sehingga bil elektrik mencecah hampir RM400.Berang dituduh berkira, wanita itu meminta bayaran sewa daripada adiknya.Netizen menyokong tindakannya dan berpendapat individu yang menumpang perlu tahu menjaga adabRingkasan ini dijana oleh AIRata-rata netizen menyifatkan tindakan yang dilakukannya sememangnya wajar bagi 'mengajar' seseorang tentang adab menumpang.Mereka berpendapat, individu yang menumpang seharusnya tahu menjaga adab dan menghormati tuan rumah walaupun di kediaman ahli keluarga sendiri."Kalau menumpang kena tahu la common sense, bagi duit api, air atau belanja barang dapur ke."Halau je lah kak. Apa benda menumpang lama-lama sesen tak bayar. Patutnya adik rasa malu duduk free je, dah lah semua abang ipar yang bayar."Halau je... jangan sebab dia, nanti bergaduh laki bini," komen netizen.