suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jururawat hospital mengaku miliki naluri mistik, dapat ‘hidu’ bau kematian - “Saya boleh tahu berapa jam lagi”

Segelintir individu yang bekerja di hospital didakwa mampu menghidu 'bau' kematian. -Gambar hiasan AI

PENGALAMAN berdepan dengan pelbagai kes kecemasan mahupun kematian sudah menjadi perkara biasa bagi mereka yang bertugas di hospital.

Namun, timbul pula dakwaan kononnya segelintir warga kerja hospital mempunyai kelebihan istimewa yang mana mereka berupaya 'menghidu' kematian.

Persoalan tentang perkara itu turut meraih perhatian ramai selepas ia dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial.

People cleaning up grave of their love ones at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Muslims in Malaysia will observe the Ramadhan or fasting month on Monday, May 6, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Sesetengah individu mungkin dapat merasai 'sesuatu' sebelum kematian ahli keluarga mereka. -Gambar hiasan

"Ada terbaca kisah seorang jururawat. Sudah bertahun-tahun dia kerja. Katanya dia boleh 'bau' pesakit yang bakal meninggal dunia walaupun nampak sihat.

"Katanya ada satu bau khas macam bau bangkai halus-halus bercampur bau besi sikit. Betul ke?" tulis individu itu.

Hantaran berkenaan tular di aplikasi Threads sehingga ia menerima lebih 800 komen.

Dalam masa sama ia membuka ruang buat warga netizen, khususnya bekas petugas hospital untuk turut berkongsi pengalaman mistik yang pernah dialami mereka.

  • Timbul dakwaan kononnya pekerja hospital dapat menghidu 'bau' kematian sebelum pesakit meninggal.
  • Seorang pegawai agama mendakwa dia pernah terhidu bau mayat ketika melawat pesakit kanak-kanak.
  • Bau itu ternyata benar apabila dia dimaklumkan kanak-kanak berkenaan meninggal dunia keesokan harinya.
  • Beberapa lagi jururawat turut berkongsi beberapa tanda yang mereka lihat sebelum pesakit meninggal dunia.

Seorang individu yang pernah bertugas sebagai pegawai agama sebuah hospital turut berkongsi pengalamannya berhubung 'bau' kematian itu.

"Ada seorang budak umur tiga tahun tak sedarkan diri, dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

"Saya melawatnya. Saya cium pipinya dan tiba-tiba terbau sesuatu yang biasanya ada pada mayat sedangkan budak tu hidup lagi.

"Saya tersentak. Esoknya forensik maklumkan untuk saya uruskan jenazah. Rupanya budak tu meninggal," kongsi lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jawab salam walaupun tiada orang, setiap minggu khatam al-Quran! Arwah guru mengaji seolah-olah tahu ajal hampir tiba

ARTIKEL BERKAITAN: Balik beraya lepas 11 tahun kahwin, rupanya suami tunjuk tanda ajal... Ajar isteri guna aplikasi penting siap top up 6K

Beberapa lagi jururawat turut berkongsi pengalaman masing-masing berhubung dakwaan kebolehan istimewa itu.

"Ya, biasanya kami boleh tahu yang pesakit tu tak akan bertahan lama. Biasanya tiba-tiba ada lalat besar muncul tak tahu dari mana. Jadi kami akan bersiap sedia.

"Saya jururawat, kadang rasa seperti ada kelebihan. Setiap bulan nama saya yang daftarkan kematian. Saya boleh rasa dan tahu beberapa jam lagi kalau betul-betul dah nazak tu.

"Apabila pesakit mengadu nampak budak, selalunya macam ni, lepas tu tak berapa lama mesti habis nyawa," kongsi beberapa jururawat.

Untuk peringatan, sebagai umat Islam kita harus percaya bahawa kematian pasti datang apabila tiba masanya dan tiada siapa mengetahuinya kecuali Allah SWT.

Menurut laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya sesuatu tanda-tanda kematian tersebut berlaku berdasarkan pengalaman peribadi, maka ianya boleh sahaja dipakai sebagai panduan umum.

Tetapi, tidak boleh untuk meyakini secara teguh bahawa ianya adalah tanda-tanda sebelum kematian.

Artikel Lain