suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak boleh terima cinta dah putus, lelaki belasah BF baharu bekas kekasih hingga maut... Kemaluan mangsa turut dipotong!

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

AKIBAT cemburu melihat bekas pasangannya menjalin hubungan dengan individu lain, seorang lelaki tergamak memukul kekasih baharu wanita berkenaan sehingga maut sebelum bertindak kejam memotong kemaluan mangsa.

Suspek berusia 58 tahun turut didakwa menyerang bekas pasangannya yang berusia 30 tahun dalam kejadian sama.

Kejadian berlaku berhampiran kediaman sewa wanita berkenaan di daerah Bang Khla, Chachoengsao, Thailand sekitar pukul 10 malam, 1 November lalu.

Menurut laporan Thai Examiner, suspek dikenali sebagai Chaturong dipercayai datang dari Nakhon Ratchasima sebelum menyelinap masuk melalui tingkap dan bersembunyi di dalam kediaman tersebut.

Dia kemudian menunggu wanita itu pulang bersama mangsa, Nimit, 55.

Suspek didakwa memukul Nimit berulang kali menggunakan kayu sebelum memotong kemaluannya dengan pisau utiliti.

Susulan daripada itu, pasukan penyelamat cuba memberikan bantuan pernafasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi.

Polis kemudiannya menahan suspek berhampiran tempat kejadian serta merampas kayu dan pisau yang digunakan dalam serangan berkenaan.

Hasil siasatan awal, wanita berkenaan memberitahu polis bahawa hubungan mereka sudah berakhir kira-kira dua bulan lalu, namun suspek berkeras mereka masih bersama.

Dalam pada itu, polis mengesahkan suspek mengakui melakukan serangan dan motif dipercayai berkaitan cemburu.

Suspek berdepan pertuduhan membunuh dengan sengaja, mencederakan serta membawa senjata. -Agensi

Artikel Lain