suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cha Ye Ryun berdepan kontroversi buli, agensi beri amaran tindakan undang-undang

Cha berdepan kontroversi dakwaan melakukan buli ketika zaman persekolahan.

PELAKON Cha Ye Ryun berdepan kontroversi susulan dakwaan melakukan buli ketika zaman persekolahan.

Menurut laporan Soompi, dakwaan itu muncul menerusi satu hantaran komuniti dalam talian bertajuk “Pelaku buli sekolah kelahiran 1985, berhenti sahaja daripada aktiviti seni” yang dimuat naik pada 29 Oktober lalu.

Individu terbabit mendakwa dirinya berulang kali menjadi mangsa serangan fizikal dan buli oleh seorang pelakon wanita ketika di sekolah menengah.

Cha didakwa melakukan serangan fizikal dan buli di sekolah.

Kontroversi tercetus apabila maklumat mengenai tahun kelahiran dan sekolah pelakon yang didakwa terlibat dikaitkan dengan Cha. 

Bagaimanapun, agensinya, HB Entertainment mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan berkenaan selain memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kejayaan kakak beri semangat kepada Cha Ye Ryun kembali bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Shim Eun Woo bebas tuduhan buli di sekolah, mohon peluang kedua

“Kami memandang serius situasi semasa apabila dakwaan dan spekulasi yang belum disahkan terus tersebar secara tanpa nama, malah kritikan turut ditujukan kepada keluarga pelakon berkenaan.

“Pihak kami akan mengumpulkan bukti berkaitan penyebaran maklumat palsu dan serangan peribadi secara berniat jahat, menjalankan semakan undang-undang serta mengambil tindakan sewajarnya.

“Kami juga akan mengambil tindakan tegas bagi menghalang kerosakan berterusan akibat penyebaran maklumat palsu,” menurut kenyataan agensi itu.

 

Artikel Lain