PELAKON Aedy Ashraf menyifatkan kecaman hebat yang sedang dilalui rakan baiknya, Amir Ahnaf sebagai satu proses yang perlu dihadapi sebelum seseorang itu mampu bangkit semula melakar kejayaan yang lebih besar. Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, mendedahkan dia sudahpun menghubungi Amir secara peribadi bagi menitipkan teguran dan nasihat. "Saya ada bercakap dengan Amir secara peribadi kerana saya sudah menganggap dirinya seperti adik sendiri. Hubungan kami memang sangat akrab.Hubungan Amir dan Aedy sangat akrab. "Saya percaya setiap manusia yang ingin berjaya, dia perlu merasai bagaimana berada di bawah atau fasa kejatuhan terlebih dahulu. Kita tidak boleh terus berada di atas sepanjang masa."Bagi saya, ini adalah fasa yang perlu Amir lalui untuk dia belajar daripada kesilapan dan bangkit terbang lebih tinggi selepas ini," katanya kepada mStar. Bersimpati dengan nasib sahabatnya itu, Aedy bertegas dia tidak menyokong atas tindakan Amir yang mencetuskan kontroversi di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf hadiahkan kereta kepada ibu dan kakak sempena ulang tahun hari lahir sendiriARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf tiada hubungan istimewa dengan Azira Shafinaz, bidas dakwaan cinta lokasi... “Tidak sama sekali“ Bagaimanapun, Aedy yakin Amir mampu mencipta nama besar dalam industri berdasarkan disiplin dan kegigihan yang ditunjukkan pelakon terbabit selama ini."Setiap manusia pasti melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Saya tidak sesekali mengiyakan atau menyokong tindakan yang dilakukan Amir, tetapi sebagai sahabat saya sudah jalankan tanggungjawab memberi nasihat."Saya yakin Amir akan bangkit dan terus berjaya kerana dia mempunyai bakat yang sangat besar serta keperibadian yang hebat.Aedy percaya dengan bakat yang diperoleh Amir. "Kami sebagai rakan-rakan di sekeliling sentiasa melihat kerja keras Amir untuk berjaya dan saya mahu melihat semua sahabat saya terus maju ke hadapan," jelasnya.Sebelum ini, nama Amir Ahnaf menjadi sasaran kecaman warga maya susulan tindakannya meninggalkan komen berbaur nakal dan didakwa kurang sopan pada hantaran seorang wanita di media sosial.Perbuatan tersebut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen yang berpendapat Amir sepatutnya menjaga batas percakapan di platform media sosial kerana mempunyai pengaruh dan peminat tersendiri.