Majlis graduasi merupakan satu momen yang wajar diraikan bersama keluarga dan insan tersayang. -Gambar hiasan AI
SEJAMBAK bunga sering menjadi pelengkap hari konvokesyen sebagai tanda penghargaan buat graduan selepas bertahun-tahun berusaha menamatkan pengajian.Namun, apabila terlalu mengharapkan sambutan seperti orang lain, ada kalanya kehadiran insan tersayang bagi meraikan kejayaan itu terlepas daripada perhatian.Begitulah penyesalan mendalam yang terbuku di hati seorang individu apabila mengimbau semula sikapnya pada majlis graduasi kira-kira 10 tahun lalu.Menurutnya, hanya disebabkan tidak menerima sejambak bunga, dia terlepas peluang untuk benar-benar menghargai pengorbanan dan kehadiran orang tuanya pada hari berharga itu.Seorang ayah pasti berasa sedih apabila tidak dapat memberikan jambangan bunga buat anaknya selepas majlis graduasi. -Gambar hiasan AI "Keluarga aku B40 dan daripada pedalaman, masa itu hanya seorang sahaja yang boleh masuk dewan ketika majlis berlangsung."Pada jangkaan aku, semua yang graduasi akan dapat jambangan bunga tapi sebenarnya kena beli sendiri dan pada masa itu harga sekitar RM50," ceritanya di Thread.Mengimbau semula memori tersebut, ujarnya, sejurus selepas menerima skrol, dia bergegas mencari ahli keluarganya yang sabar menunggu di luar dewan majlis."Akhirnya ternampak ayah aku, dan dia berdiri di hadapan aku dengan perkataan pertama minta maaf.Individu menyesal kecewa tidak menerima bunga ketika konvokesyen 10 tahun lalu.Berasal daripada keluarga B40, bapanya tidak mampu membeli jambangan berharga sekitar RM50.Bapa meminta maaf sebelum mengajak bergambar menggunakan telefon lamanya.Mengakui hilang mood hingga tidak menghargai sepenuhnya kehadiran keluarga.Netizen mengingatkan kehadiran insan tersayang lebih bermakna daripada bunga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ayah aku cakap... bapa minta maaf ya, tidak dapat beli bunga macam orang lain, mahal-mahal semuanya," imbaunya sayu.Lebih menambah rasa pilu apabila ayahnya meluahkan keinginan untuk bergambar bersamanya menggunakan telefon lama.Dalam keadaan sebak, dia cuba menahan air mata kerana tidak mahu bapanya berasa bersalah akibat tidak mampu membeli bunga.Bagaimanapun, dia mengakui ada sisa kesedihan dan kekecewaan di dalam hati kerana impian mendapatkan jambangan bunga tidak kesampaian.ARTIKEL BERKAITAN: Tak mampu nak beli, anak sebak tengok ibu gigih gubah sendiri jambangan bunga untuk diberi masa konvo... setiap masa periksa bimbang layu!ARTIKEL BERKAITAN: Adik nak konvo minta taja penginapan famili, hadiah jambangan bunga... Kakak serba salah fikir bajet barang sekolah anak"Saya tidak mahu menangis, nanti bapa rasa bersalah sebab tidak mampu beli. Pada masa sama, saya betul-betul sedih dan sedikit kecewa sebab tidak dapat bunga."Selepas itu saya sudah tiada mood," luahnya sambil menyifatkan peristiwa tersebut sebagai detik yang paling dikesalinya sehingga ke hari ini.Jelasnya lagi, majlis graduasi itu sepatutnya dinikmati dengan penuh rasa syukur bersama keluarga, bukannya dibiarkan berlalu begitu sahaja hanya disebabkan sejambak bunga.Ramai peniaga menjual jambangan bunga di majlis graduasi. -Gambar hiasan AIHantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya turut berkongsi kenangan pahit dan manis ketika majlis graduasi."Aku pun tak ada bunga semasa konvokesyen, nak beli tapi mahal. Jadi masa sunting gambar, aku letakkan sendiri jambangan tu."Bunga semasa graduasi adalah merepek, tak perlu dan jangan bersedih."Bunga tak penting, yang penting adalah kehadiran keluarga," demikian reaksi netizen.