suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shiha Zikir lapang dada belum ada jodoh - “Boleh luangkan masa jaga mak”

Shiha tidak terlalu tertekan memikirkan tentang soal jodoh.

BELUM berkahwin bukan satu kekurangan bagi Shiha Zikir. Sebaliknya penyanyi ini  menganggap status itu sebagai rezeki besar kerana berpeluang meluangkan lebih banyak masa menjaga ibu tersayang.

Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 39, berkata, dia bersyukur kerana masih mempunyai kesempatan meluangkan masa dan memberi perhatian kepada ibunya selagi belum mempunyai tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Bila orang tanya saya seperti sudah takut untuk menjawab. Sebelum ini rasanya dah pernah cakap soal kahwin, tapi sekarang ini kalau memang dah sampai masa (nak kahwin), saya akan maklumkan kepada semua. 

Shiha sentiasa positif dan tidak memaksa diri memikirkan soal jodoh.

“Kalau belum berkahwin sekali pun, saya percaya ini adalah satu rezeki yang sangat besar. Saya boleh luangkan masa dan jaga mak. 

“Bukan kata kalau dah kahwin tak boleh jaga mak, tapi daripada segi masa dah banyak tanggungjawab termasuk kepada suami,” katanya kepada mStar. 

Shiha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single Teruskanlah pada Selasa. 

Dalam pada itu, Shiha berkata ibunya, Rohana Ibrahim, 68,  juga seperti kebanyakan ibu lain yang mahu melihat dia segera bertemu jodoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiha Zikir tolak hadiah mewah sempena ulang tahun ke-39, hanya mahu ibu kembali sihat

ARTIKEL BERKAITAN: Hati tak tenang... Shiha Zikir belum sedia kongsi masalah kesihatan ibu

Namun, dia bersyukur kerana ibunya bukan seorang yang terlalu mendesak, malah memahami perjalanan hidupnya.

“Kalau ikutkan mak-mak kita ni memang nak cepat (carikan jodoh), cuma saya bersyukur mak saya bukan orang yang terlalu memaksa. 

“Saya sebagai anak rasa seperti difahami dan hanya mengikut sahaja perjalanan hidup. Pesan (kahwin) tu memang ada, kalau boleh nak cepat, cepatkanlah. 

Kalau belum berkahwin sekali pun, saya percaya ini adalah satu rezeki yang sangat besar.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

“Tapi kami percaya pada waktu yang tepat. Kalau kita terlalu tergesa-gesa pun, kalau  perkara (jodoh) itu bukan tiba pada waktu tepat tak guna juga. Jadi doakan yang terbaik untuk saya,” ujarnya.

Sementara itu, Shiha mengakui tidak melenting apabila ada pihak yang menganggap dirinya belum bernasib baik dalam soal jodoh.

Sebaliknya, penyanyi lagu Minta Ampun ini percaya perubahan cara berfikir dapat membuatkan seseorang lebih tenang menerima ketentuan hidup.

Shiha (kiri) bersyukur dapat meluangkan lebih banyak masa menjaga ibu.

“Disebabkan itu bila orang kasihankan saya kerana tak ada rezeki nak kahwin, saya tak melenting. Ini rezeki saya kerana tidak berkahwin lagi. 

“Kita kena tukar cara pemikiran. Dada akan rasa lebih lapang, kita percaya Tuhan dan atur sangat cantik (takdir). 

“Mungkin ilmu berumah tangga pun belum cukup, saya kena banyak belajar lagi. Mudah-mudahan bila sampai waktunya nanti semuanya dalam keadaan bersedia,” katanya.

Artikel Lain