ANAK sulung pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim mendedahkan kehidupannya kini dihujani pelbagai nasihat dan tunjuk ajar daripada bapanya menjelang hari bahagia tidak lama lagi.Danish, 23, yang sedang menghitung hari untuk bergelar suami bersyukur kerana memiliki seorang bapa yang sentiasa prihatin dan tidak kedekut berkongsi ilmu serta pengalaman hidup berumah tangga. “Saya banyak meminta nasihat sudah tentu daripada bapa saya sendiri. Memang banyak nasihat yang diberikan, boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan titipkan pesanan.Danish berkongsi perkara itu ketika ditemui media.“Kehidupan saya sekarang ini memang dipenuhi dengan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar daripada bapa sayalah,” katanya kepada mStar. Berkongsi mengenai persiapan menjelang hari bahagianya, Danish bersyukur segala urusan berjalan dengan lancar.“Persiapan majlis perkahwinan saya boleh katakan sudah 80 peratus atau lebih daripada itu. Alhamdulillah dengan sokongan orang sekeliling terutama ahli keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman kali pertama, Norman Hakim dan Memey buat persiapan urus kahwin anakARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung Abby Abadi selamat bertunang dengan gadis pilihan hati“Tetapi tidak bolehlah kalau 100 peratus persiapan diserahkan pada ahli keluarga saya sahaja. Saya seorang lelaki dan saya yang mahu berkahwin dengan pasangan saya.“Jadi saya kenalah ambil bahagian juga dalam membuat persiapan. Cuma sokongan daripada ahli keluarga itu, alhamdulillah memang sangat besar,” jelasnya.Danish dan pasangan sebelum ini bertunang pada Mac lalu. Untuk info, Danish bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihannya, Shalinda menerusi majlis akad nikah yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada hujung tahun ini dan majlis resepsi di Kuala Lumpur.Sebelum ini, Norman menerusi perkongsian di Instagram meluahkan rasa teruja apabila menguruskan majlis perkahwinan anak sulungnya. Norman memaklumkan bahawa majlis perkahwinan Danish dan Shalinda bakal dianjurkan secara sederhana dan tertutup dengan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.