suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selesa menetap di Kuantan, Amad Dayyan masih aktif menyanyi… Bapa tegas soal pelajaran

PENYANYI Ahmad Dayyan memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia seni meskipun kini memilih untuk menetap di Kuantan, Pahang.

Berkongsi perkara itu, Ahmad atau lebih mesra disapa Amad, 14, berkata dia selesa menjalani kehidupan di Kuantan, apatah lagi dapat tinggal bersama bapanya.

Menurut Amad, keputusan berpindah itu bukan bermakna mahu memperlahankan kerjaya nyanyian, sebaliknya mahu memberi keutamaan kepada pelajaran selain aktif dalam sukan ragbi.

“Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang, Alhamdulilah sebab dapat tinggal dengan ayah dan keputusan berpindah ke Kuantan sebab nak fokus belajar. Bukan bermaksud saya dah tak nak menyanyi cuma buat masa ini tumpuan lebih kepada pelajaran dan sukan. 

"Kalau ada persembahan di Kuantan, kadang-kadang saya ambil juga, tetapi biasanya pada waktu cuti sahaja. Kalau ada persembahan di luar Pahang, saya terima juga. cuma saya akan pilih tarikh cuti, bidang menyanyi bukan lagi keutamaan buat masa ini sebab saya lebihkan pelajaran dan sukan iaitu ragbi.

“Untuk kawan-kawan artis di Kuala Lumpur masih berhubung, saya selalu bertanya khabar kak Odah, abang Amar, Haikal, Kak Atalia dan Talita... Saya anggap diri saya orang biasa sahaja walaupun orang kenal di Kuantan sebab tak mahu mengejar populariti," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Amad bakal keluar dengan single terbaharu yang berjudul Payungmu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi