suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Soon“ - Puteri Balqis jawab ringkas soal kahwin, belum sedia kongsi tarikh

PELAKON Puteri Balqis memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya yang dikenali sebagai Kafziel (Didi) dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish, 19, itu masih belum bersedia berkongsi tarikh sebenar perkahwinannya kepada umum.

Ketika ditanya mengenai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, Aqish hanya memberikan jawapan ringkas bahawa detik bahagia itu bakal tiba tidak lama lagi.

“Tidak lama lagi (soon),” katanya ringkas.

Untuk rekod Aqish selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya iaitu Didi pada 12 Ogos tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Aqish bakal muncul menerusi drama terbaharu berjudul Dua Nyawa terbitan Global Station Sdn. Bhd. yang akan ditayangkan menerusi platform penstriman iQIYI.

Drama arahan Riza Baharudin itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Zarif Ghazzi, Jazmy Juma, Vanidah Imran, Datuk Eizlan Yusof, Kodi Rasheed dan Atilia Haron.

Dua Nyawa yang mempunyai 12 episod dijadualkan mula menemui penonton pada 13 November 2026.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi