suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Nasihat Sophia Albarakbah buat Siti Khadijah... Terus kuat dan jangan baca komen!

BERSIMPATI dengan situasi yang dihadapi rakan seindustri, pelakon Sophia Albarakbah tampil memberikan sokongan moral kepada Siti Khadijah yang turut terpalit dengan beberapa kontroversi sejak kebelakangan ini.

Sophia, 33, menasihati Siti supaya mengabaikan komen negatif netizen dan memberikan tumpuan kepada kerjaya serta individu yang sentiasa menyokongnya.

Menurut Sophia, Siti yang dikenalinya secara peribadi merupakan seorang yang baik hati dan ceria, malah sering memberikan kata-kata semangat ketika dia berdepan kesukaran.

"Saya harap dia kuat. Saya kenal Siti secara peribadi, dia seorang yang sangat baik dan ceria.

"Ketika saya dalam kesusahan dan berasa sedih, dia sentiasa ada untuk saya. Dia selalu memberikan kata-kata semangat dan menaikkan semangat saya.

Sophia tampil memberikan sokongan moral buat rakan artis.

"Jadi, saya juga mahu melakukan perkara sama untuk dia. Orang yang mengenalinya akan tahu bagaimana dirinya. Fokuslah kepada orang yang sayangkan kita," katanya kepada pemberita.

Sophia ditemui semasa majlis pelancaran drama bersiri Viu, Bayangan Dendam yang diadakan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, Sophia memberitahu dia ada berhubung dengan Siti yang kini berada di Jepun dan menitipkan pesanan supaya pelakon itu tidak membaca komen negatif di media sosial.

Malah, Sophia percaya setiap ujian yang diterima mampu menjadikan seseorang lebih kuat untuk menghadapi dugaan pada masa hadapan.

"Dia ada juga menghantar mesej kepada saya. Sekarang dia berada di Jepun, jadi saya ada menitipkan pesanan supaya dia tidak membaca komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah selesa dianggap suram, cuti sebulan rancang strategi bisnes

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Khadijah terbuka jika berjodoh dengan Amir Ahnaf - “Allah yang pegang hati kita“

"Buat masa ini, dia hanya perlu fokus pada kerjanya. Saya faham perasaannya kerana saya juga pernah berada dalam situasi dikecam, malah sering menerima kecaman.

"Tetapi kecaman itu yang membuatkan saya lebih kuat. Jadi, saya percaya perkara ini juga akan menjadikan Siti lebih kuat pada masa hadapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sophia turut menegur sikap segelintir netizen yang terlalu mudah menghukum kesilapan orang lain seolah-olah diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan.

Katanya, setiap manusia mempunyai kekurangan dan masa silam tersendiri selain, teguran seharusnya disampaikan dengan cara yang baik serta membina.

"Saya perasan ada sesetengah netizen yang seolah-olah terlalu suci. Kita sebagai artis juga manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Semua orang pernah buat salah.

"Netizen yang memberikan komen negatif juga patut muhasabah diri. Mereka sendiri mungkin pernah melakukan perkara tidak baik atau mempunyai masa silam yang kurang menyenangkan.

"Yang penting, kita mahu memperbaiki diri. Jadi, saya harap netizen tidak sewenang-wenangnya mengajak orang ramai memburukkan seseorang," katanya.

Malah, Sophia turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan media sosial sebagai ruang untuk membuli individu lain, sebaliknya memberikan teguran secara berhemah jika mempunyai niat untuk menasihati.

Sophia bersimpati dengan kontroversi melibatkan Siti.

"Kalau tidak suka seseorang artis itu, tidak perlulah mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Berikan nasihat yang baik. Kalau tiada nasihat yang baik, simpan sahaja untuk diri sendiri.

"Kalau benar-benar ikhlas mahu menasihati, cakaplah perkara yang baik dan jangan mengajak orang lain mengutuk kerana itu juga buli siber. Saya harap netizen sedar tentang perkara ini," ujarnya.

Sebelum ini, nama Siti Khadijah terpalit kontroversi membabitkan pelakon Amir Ahnaf, selain didakwa bersikap sombong oleh segelintir peminat.

Dalam perkembangan lain, Sophia kini muncul menerusi drama bersiri terbaharu, Bayangan Dendam, yang mula ditayangkan di platform penstriman Viu pada 22 Oktober 2026.

Drama bergenre misteri, jenayah dan percintaan sebanyak 12 episod itu menampilkan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat.

Artikel Lain