suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piji naikkan nama Akmal Asyraf, enam tahun tunggu peluang dikenali... Tak mahu memilih tawaran lakonan

Akmal menunggu enam tahun untuk dikenali ramai.

POPULARITI yang dikecapi pelakon Akmal Asyraf ketika ini merupakan sesuatu yang diimpikan sejak mula menceburi industri seni pada 2020.

Akmal atau Akmal Asyraf Mohd Aziyan, 30, berkata dia sudah lama berusaha untuk menambat hati penonton dan bersyukur apabila bakatnya mula mendapat perhatian menerusi lakonan dalam siri Kudrat 1968: High Council.

Kata Akmal, penerimaan positif yang diterimanya ketika ini membuatkan dia lebih menghargai setiap individu yang terus memberikan sokongan sejak awal pembabitannya dalam dunia seni.

"Saya sudah cuba untuk menambat hati daripada penonton sejak saya aktif dalam industri ini.

Akmal bersyukur akhirnya hasil karya lakonannya mendapat perhatian ramai.

"Sekarang baru dapat, jadi saya menghargai setiap mereka yang berterusan menunjukkan sokongan daripada awal.

"Terima kasih, ini yang saya tunggu,” katanya kepada mStar. 

Akmal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan perdana filem Kudrat 1968: High Council yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Dalam pada itu, Akmal turut menzahirkan penghargaan kepada peminat yang menerima dan menghargai hasil kerjanya selepas sekian lama berkecimpung dalam industri hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zarif Ghazzi percaya didikan ibu bapa bentuk perilaku anak, aksi ganas dalam filem bukan alasan jadi pembuli

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kudrat 1968’ galak budaya buli? Ini jawapan pengarah - “Setiap watak jahat ada balasannya”

Berkongsi perjalanan seninya, Akmal memberitahu dia mula mengenali dunia lakonan sejak di bangku sekolah menerusi pementasan teater sebelum aktif berlakon di hadapan kamera pada 2020

"Terima kasih kepada semua yang akhirnya nampak dan menerima saya dalam industri hiburan. Saya sudah berada dalam industri ini lama. 

"Kalau betul-betul dalam indsutri seni saya sudah buat sejak dari bangku sekolah untuk teater, untuk on screen saya mula aktif dari tahun 2020.

"Alhamdulillah pada tahun keenam ini diterima ramai,” ujarnya.

Mengulas mengenai peluang lakonan selepas ini, Akmal berkata dia tidak berhasrat untuk terlalu memilih tawaran yang diterima, sebaliknya mahu terus memanfaatkan setiap peluang yang hadir.

"Buat masa ini, saya tidak rasa menjadi mahu menjadi selektif untuk naskhah seterusnya. 

Watak Piji berjaya menaikkan nama Akmal.

“Watak yang akan saya lakonkan akan datang ini pun tidak besar, hanya sokongan sahaja.

"Sekarang pun saya tiada perancangan untuk masa hadapan, hanya ikut sahaja arus yang sudah ditetapkan,” katanya. 

Sebelum ini, Akmal mencuri perhatian menerusi lakonannya sebagai Rafizi atau Piji dalam siri Kudrat 1968: High Council, sekali gus membuatkan namanya semakin menjadi sebutan pengguna media sosial.

Lakonannya turut mendapat pujian penonton yang mula menyedari bakat dan kebolehannya menghidupkan watak dalam siri berkenaan.

Artikel Lain