suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak puas hati video kena serang tular, pengetua didakwa luah rasa cinta kepada pelajar Tingkatan Tiga lapor polis

Laporan polis itu dibuat pengetua tersebut pada Ahad.

PENGETUA sebuah sekolah di Bagan Datuk, Perak yang terpalit dengan dakwaan gangguan seksual terhadap seorang pelajar Tingkatan Tiga bertindak membuat laporan polis selepas video pertengkarannya dengan keluarga remaja berkenaan tular di media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, laporan itu dibuat pada Ahad sehari selepas keluarga pelajar berkenaan membuat laporan polis terhadap pengetua terbabit.

Menurut beliau, pengetua itu tidak berpuas hati apabila video yang memaparkan dia diserang oleh keluarga pelajar terbabit tersebar luas, selain turut membuat laporan berhubung kejadian serangan fizikal terhadapnya.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” katanya pada Selasa.

Menerusi video tular tersebut, lelaki dipercayai pengetua berkenaan dilihat dikerumuni dan diasak oleh beberapa wanita dari keluarga pelajar terbabit yang menuntut penjelasan berhubung perbuatannya.

Susulan itu kata Mohd Alwi, siasatan menyeluruh akan dijalankan memandangkan kes berkenaan membabitkan seorang penjawat awam.

Kejadian serangan oleh keluarga pelajar itu dipercayai tercetus akibat tindakan pengetua berkenaan yang didakwa sering menghubungi remaja terbabit untuk meluahkan perasaan cinta dan kasih sayang.

Setakat ini, pihak polis merakam keterangan daripada sembilan orang saksi, termasuk pengetua berkenaan bagi membantu siasatan.

Mohd Alwi turut memaklumkan, laporan berasingan yang dibuat oleh ibu pelajar terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan siasatan terhadap dakwaan gangguan seksual membabitkan pengetua itu dan seorang pelajar.

Fadhlina turut memaklumkan bahawa pengetua berkenaan dipindahkan sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk sementara menunggu hasil siasatan jabatan berkenaan.

Isu itu mula menumpu perhatian umum selepas timbul dakwaan mengenai gangguan seksual dan mesej berunsur romantik yang dihantar oleh pengetua terbabit kepada pelajar perempuan berkenaan, selain dakwaan wujudnya hubungan sulit. -The Star

 

Artikel Lain