Masalah kecurangan dalam rumah tangga berlaku apabila kepercayaan antara pasangan mula dikhianati. -Gambar hiasan AI
SETIAP kali muncul isu kecurangan, ramai pihak akan menyalahkan pihak wanita sebagai punca seorang lelaki curang sehingga melabel mereka penyondol.Namun seorang wanita tidak pernah menyalahkan kehadiran orang ketiga dalam perkahwinannya sehingga rumah tangganya berakhir dengan penceraian. Wanita itu sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada bekas suaminya kerana menganggap lelaki berkenaan yang membuka ruang kepada orang ketiga dalam hubungan mereka.Suami perlu memujuk isteri yang terluka selepas kepercayaan dalam perkahwinan mereka dikhianati. -Gambar hiasan AI"Aku tak pernah marah perempuan yang menyebabkan runtuhnya rumah tangga aku. Aku tak pernah salahkan dia. Aku tak pernah panggil dia penyondol."Aku tak pernah doakan dia yang buruk-buruk. Yang salah bekas suami aku, dia yang buka ruang. Kalau betul dia sayang aku, tidak akan ada yang kedua. "Sekali dia dah buka ruang untuk orang lain, tak ada lagi ruang untuk dia dekat hati aku," ujarnya dalam hantaran tersebut.Mengulas lanjut, wanita itu berkata, dia tidak menyimpan kemarahan terhadap wanita berkenaan kerana memahami kaum hawa juga boleh terpedaya dengan godaan serta janji manis lelaki.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga musnah gara-gara TikTok... Wanita tangkap suami curang dengan hos PK, siap keluar dating!ARTIKEL BERKAITAN: Curang sebab bosan dan ingin berseronok... Isteri tergamam suami minta ikhlaskan diri, jangan berdendamDia turut mengakui tidak mengetahui apa yang dijanjikan bekas suami kepada wanita tersebut, malah tidak menolak kemungkinan bekas suaminya juga tersilap langkah."Kenapa aku tak marah perempuan itu? Sebab aku pun seorang perempuan. Aku tahu perempuan lemah dengan godaan, rayu, janji manis seorang lelaki."Aku tak tahu apa yang duda aku dah janji dekat dia. Mungkin bekas suami aku pun tersilap langkah, jadi aku pulangkan duda aku dekat mak ayah dia," katanya lagi.Baginya, orang ketiga tidak seharusnya menjadi satu-satunya pihak yang dipersalahkan apabila sesebuah rumah tangga musnah akibat kecurangan pasangan.Wanita enggan salahkan penyondol atas keruntuhan rumah tangga.Bekas suami dianggap punca utama berlakunya kecurangan.Wanita percaya orang ketiga juga mungkin terpedaya janji manis.Tidak berdendam, wanita reda dengan perpisahan.Pesan isteri dicurangi agar bangkit dan hidup lebih tenang.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kadang-kadang kita terlalu marahkan pengkhianatan ini sampai panggil orang ketiga itu penyondol, perempuan jalang, pelacur dan perempuan tak ada harga diri."Tapi kita lupa pucuk pangkal utama pengkhianatan ini daripada suami kita sendiri. Untuk para isteri yang dicurangi, bangunlah. "Kita layak tidur malam setiap hari dengan tenang tanpa perlu overthinking, curiga dan tanpa perlu rasa tidak cukup. Belajar reda sebab Allah sebaik perancang," katanya lagi.