suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibarat tsunami atas awan, ini ancaman cuaca jika berlaku fenomena awan gulung

Gambar dikongsikan warganet berhubung kejadian awan gulung yang berlaku di Kelantan baru-baru ini. -Facebook/Mohd Kamal

SEBELUM ini pernah tular video menunjukkan kemunculan formasi awan luar biasa menyerupai gulungan ombak gergasi di beberapa kawasan di Pantai Timur.

Apa menambah gerun, perkongsian beberapa gambar oleh pengguna media sosial menunjukkan awal tebal berwarna kelabu gelap itu menimbulkan suasana seakan-akan ombak besar sedang bergerak menghampiri kawasan daratan.

Fenomena cuaca tersebut membuatkan ramai kagum dengan kebesaran Tuhan namun ada juga bimbang tentang amaran di sebaliknya.

Fenomena dikenali sebagai awan gulung atau roll cloud itu bukan kali pertama berlaku di Malaysia.

Ia pernah dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sebelum ini seperti di Kota Kinabalu, Sabah; Bintulu, Sarawak dan Kedah.

Pembentukan awan gulung biasanya lebih mendatar dan memanjang di atas langit hasil daripada pertembungan dua arus udara yang mempunyai perbezaan suhu ketara.

Lazimnya ia terjadi ketika sistem ribut petir di sesuatu kawasan sedang berkembang.

Di sebalik penampakannya yang menggerunkan, kelajuan angin yang terhasil daripada fenomena ini terhadap kawasan sekitar tidak sekuat ribut atau puting beliung.

Sebagai perbandingan, kelajuan angin bagi fenomena puting beliung gergasi dianggarkan mencapai lebih 300 hingga 480 km/j manakala roll cloud pula hanya sekitar 60 hingga 100 km/j.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna orang ramai khususnya boleh mengambil ringan terhadap kesan cuaca yang dibawa oleh fenomena tersebut ke sesuatu kawasan. 

Ini kerana dengan kadar kelajuan angin yang dibawanya, ia boleh diklasifikasikan sebagai satu bencana alam berskala kecil dan sederhana.

Risiko kemusnahan dibawanya termasuk kejadian angin kencang, pokok tumbang, hujan lebat dan kerosakan terhadap infrastruktur utama kediaman seperti atap akibat angin kuat.

Bagaimanapun, orang ramai yang berada di kawasan akan dilanda fenomena awan gulung boleh mengenal pasti beberapa petanda antaranya seperti cuaca terasa membahang dengan tiada angin bertiup dan langit bertukar gelap secara mendadak.

Artikel Lain