USAHAWAN kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tidak menyangka kesilapan bacaan surah ketika mengimamkan solat jemaah bersama anak-anaknya tular di media sosial.Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, berkata dia tidak menyedari kekhilafan ketika membaca surah al-Kafirun dalam solat Maghrib yang disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok miliknya pada Ahad. Kata Aliff, keadaan diri yang terlalu penat selepas menjalani penggambaran selama lima hari berturut-turut antara punca dia tidak menyedari kesilapan itu.Netizen menegur bacaan surah oleh Aliff sewaktu mengimamkan solat jemaah.“Saya sebenarnya tak perasaan sewaktu bacaan itu, saya mengaku kekhilafan saya. “Saya harap agar kekhilafan itu dimaafkan,” katanya ketika dihubungi mStar. Mengulas lanjut, Aliff berkata, siaran langsung itu pada awalnya sekadar sesi bersembang bersama anak-anak sebelum mereka menunaikan solat berjemaah apabila masuk waktu Maghrib.ARTIKEL BERKAITAN: Lima hari tak makan, Aliff Syukri lega akhirnya dapat semula akaun TikTokARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri berkurung dalam bilik, menangis akaun TikTok kena sekat... Dedah kerugian hampir RM1 jutaJelasnya, dia tidak menamatkan siaran langsung tersebut ketika menunaikan solat kerana tidak menyangka perkara itu akan mendapat perhatian ramai.“Saya tak jangka benda ini akan viral. Sebenarnya pun mula-mula buat live bersama anak-anak, kami bersembang bersama.“Bila dah masuk waktu kami solat jemaah bersama, tak matikan live itu pun. Tak ada niat apa-apa pun,” ujarnya ringkas. Aliff (kanan) mengakui terlalu penat menjalani penggambaran selama lima hari.Terdahulu, sebuah akaun di Threads memuat naik rakaman skrin siaran langsung Aliff yang menunjukkan usahawan itu mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya.Bagaimanapun, individu berkenaan mendakwa bacaan surah al-Kafirun oleh Aliff tidak lengkap.Rata-rata pengguna turut meninggalkan komen menegur kesilapan bacaan itu ketika siaran langsung itu.