MENJAGA dan mendidik kanak-kanak kecil di pusat asuhan memerlukan seseorang yang mempunyai kesabaran tinggi serta berjiwa besar.Mana tidaknya, situasi boleh bertukar mencabar apabila segala keperluan dan kehendak kanak-kanak terbabit perlu diuruskan secara serentak, terutama apabila semua tanggungjawab itu dipikul seorang diri. Malah tugas yang dilakukan dengan penuh keikhlasan itu juga boleh mengundang tekanan dan keletihan seperti dialami seorang guru tadika ini.Berkongsi situasi dialami, ujarnya, dia perlu menjaga 15 orang kanak-kanak yang berusia empat tahun tanpa pembantu.Menggunakan duit tabungan pejabat tanpa pengetahuan umum adalah tindakan pecah amanah. -Gambar hiasan AI"Belum campur dengan basuh pinggan lepas budak makan, bawa ke tandas untuk latihan buang air kecil dan sebagainya."Waktu kerja, Isnin hingga Jumaat dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang dan kalau Sabtu pula kena masuk pukul 8.30 pagi hingga pukul 1, tapi kadang-kadang pukul 3 baru boleh balik," luahnya di Threads.Adunya lagi, perasaan kecewa semakin menyelubungi diri apabila permintaan untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masa (OT) dibalas dengan peringatan supaya bekerja secara ikhlas dan bersabar ketika menguruskan kanak-kanak.Guru tadika meluahkan tekanan menjaga 15 kanak-kanak berusia empat tahun tanpa pembantu.Selain mengajar, dia perlu membasuh pinggan dan membantu kanak-kanak menjalani latihan ke tandas.Bekerja enam hari seminggu, termasuk Sabtu yang kadangkala berlanjutan hingga pukul 3 petang.Permintaan OT didakwa dibalas dengan nasihat supaya ikhlas, manakala permohonan cuti tahunan pula menerima kecaman.Rata-rata netizen menyarankannya mencari pekerjaan lain berbekalkan pengalaman sedia ada.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah katanya, keikhlasan melakukan tugasan bukanlah bererti dia tidak layak untuk mendapatkan hak sebagai pekerja."Ikhlas tu ikhlaslah, tapi tenaga kita pun ada had. Ikhlas tak bermaksud kita tak layak dapat hak kita."Nak minta cuti tahunan (AL) pun serba salah, selalu kena kecam sebab cikgu lain tak suka ambil," luahnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Gaji RM1,600 tapi kerja 11 jam sehari... Guru tadika ‘heret’ majikan ke JTK selepas tipu caruman KWSP, PerkesoARTIKEL BERKAITAN: “Kesian, adik kau dah mati!” - Cikgu tadika panas hati murid bermulut celupar, ajuk kesedihan kawan baru hilang ahli keluargaHantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya menasihatkan dia supaya mendapatkan pekerjaan lain apabila sudah mempunyai pengalaman."Dah ada pengalaman? Pergi kerja tempat lain dan kalau boleh berbahasa Inggeris, cuba taska Cina."Sepatutnya untuk budak empat tahun, memang paling maksimum 10 orang je kalau uruskan sendiri, lebih daripada itu perlukan pembantu," demikian reaksi netizen.