suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Macam mati kalau tak beli“ - Wanita hamil mengidam ‘snow crab‘ kena marah dengan mentua, geram suami ‘anak mak‘ hanya diam membatu

Seorang wanita hamil dimarahi ibu mentuanya gara-gara mengidam makanan hidangan laut, snow crab. -Gambar hiasan AI

MENGIDAM adalah perkara biasa yang dilalui wanita hamil sepanjang proses kehamilan.

Bukan perkara yang dibuat-buat, hal itu sebaliknya mampu mengundang perasaan gembira jika perkara diidamkan dapat dipenuhi.

Namun kegembiraan itu boleh berubah jika keinginan itu gagal dipenuhi atau sesuatu permintaan itu tidak dipenuhi terutamanya oleh ahli keluarga sendiri.

Fasa mengidam antara yang akan dilalui setiap ibu hamil. -Gambar hiasan AI

Perkaa itu dilalui seorang wanita hamil yang memberitahu dimarahi ibu mentua selepas menyatakan keinginan menikmati hidangan snow crab.

Menerusi mesej WhatsApp dikongsikan, ibu mentuanya didakwa membandingkan pengalaman kehamilannya dahulu dengan keadaan menantunya sekarang.

"Tak payah mengada sangat, ibu dulu mengandung juga tapi tak mengada-ngada macam kau.

  • Seorang wanita hamil meluahkan rasa terkilan selepas ditegur ibu mentua kerana mengidam snow crab.
  • Kejadian bermula ketika dia berkunjung ke rumah mentua dan terlihat siaran langsung penjual makanan laut berkenaan.
  • Wanita itu berkongsi keinginannya dengan suami, namun mendakwa ibu mentuanya menghantar mesej dan memarahinya.
  • Antara mesej yang didakwa diterima ialah, “Macam mati je kalau tak beli, ibu dulu tak layan pun tekak.”

"Tak payah nak layan sangat anak dalam perut tu, kau kawal jela nafsu. Macam mati je kalau tak beli, ibu dulu tak layan pun tekak," kata ibu mentuanya.

Dalam masa sama, dia turut memohon maaf kepada ibu mentuanya sekiranya keinginan tersebut dianggap menyusahkan suaminya.

"Maaf ibu kalau kita susahkan anak ibu, kita tak kerja. Maaf ibu sebab mengada-ngada dengan anak ibu," tulisnya dalam mesej berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu ibu mentua tinggal bersama, wanita mula tak senang duduk... Geram anak-anak buat perangai, anggap nenek ‘perisai‘

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu mentua tunjuk perangai keji! Suruh anak lelaki ‘cuci mata’ tengok perempuan cantik, tak hormat perasaan menantu

Perkongsian itu secara tidak langsung memperlihatkan kekecewaan wanita tersebut terhadap situasi dihadapinya sebagai seorang isteri dan bakal ibu. 

Lebih menyedihkan, suaminya dikatakan terlalu berlembut dan menuruti kehendak ibunya hinggakan sanggup mengabaikan kemahuan isteri sendiri.

"Macam ini rupanya kahwin dengan anak mak dan macam ini rupanya perasaan jadi suri rumah, tengah pregnant macam ni layanan yang dapat," ujarnya.

Artikel Lain