suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suara sama macam Mawi, remaja tular menyanyi seakan penyanyi asal… “Bukan niat nak ajuk”

GARA-GARA memiliki suara seiras penyanyi Mawi, remaja lelaki dikenali Ariq tidak menyangka dirinya menjadi perhatian khususnya dalam kalangan pengguna TikTok.

Selepas dia berkongsi video menyanyi seperti Mawi di TikTok, Ariq atau Muhammad Ariq Azfr Saiful Azhari, 17, juga terkejut kerana penyanyi itu sendiri turut memberikan komen dalam nyanyiannya.

“Mula-mula saya agak terkejut juga sebab tular tu kerana tak pernah terfikir suara saya sama macam abang Mawi, orang lain yang cakap suara saya sama macam dia.

“Saya amat berbesar hati bila dapat tahu abang Mawi sendiri komen dalam video saya tu, rasa macam terharu pun ada sebab saya budak baru nak dibandingkan dengan Mawi yang ada nama kan.

“Bukan niat nak ajuk ke apa tapi ini memang suara saya, jangan bandingkan atau samakan saya dengan Mawi sebab setiap orang ada kelebihan sendiri, saya ni masih baru lagi,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi