suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haqiem Stopa lebih tenang selepas sertai jemaah tabligh, sanggup lepaskan kereta mewah dan harta

PERSONALITI media sosial, Haqiem Stopa meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menimba ilmu agama dengan menyertai jemaah tabligh sebanyak dua kali.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, kehidupannya mula berubah ke arah lebih baik selepas mengikuti program tersebut dan dia juga sanggup melepaskan segala bentuk kemewahan dunia yang pernah dimiliki.

“Balik daripada tiga hari itu, saya lepaskan segala harta saya ada. Kereta mewah, duit dan berharap pada manusia.

“Alhamdulillah selepas itu saya dapat ketenangan yang sangat besar dan dapat tambah baik banyak perkara,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Haqiem berkata, dia turut menyusun perancangan untuk terus memperbaiki diri dengan menyertai program kerohanian yang lebih panjang pada masa akan datang.

Malah pempengaruh itu memberitahu, jika tiada halangan, dia turut menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah sebagai sebahagian usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Saya dah dua kali keluar untuk tiga hari. Insya-Allah bulan Julai ada untuk 40 hari punya dekat Sabah kalau tak silap.

“Mungkin juga saya rancang mahu tunaikan umrah pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan kalau tiada halangan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi