suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dapat Datuk ni susah, nak gurau pun tak boleh” - Sathia belum sedia dapat anugerah, risau orang terlalu hormat

PELAWAK Sathia memberitahu dia tidak pernah meletakkan pangkat atau gelaran Datuk sebagai satu keutamaan dalam perjalanan karier seninya buat masa ini.

Menurut Sathia, 62, dia bimbang gelaran berkenaan akan mengubah cara orang sekeliling melayannya, terutama dalam urusan kerja dan ketika bergaul dengan rakan-rakan industri.

"Sebelum ini saya sudah dapat tiga anugerah sepanjang penglibatan saya, antaranya daripada RTM dan untuk anugerah pangkat Datuk belum lagi.

"Sebab bila dapat pangkat Datuk ni nanti susah orang nak panggil saya shooting sebab ingat harga sudah lain dan terlalu hormat pun susah juga nanti saya pula rasa kurang selesa kerana nak bergurau sudah tidak boleh.

"Kalau dapat anugerah Datuk saya terima saja tapi kalau tak ada pun lagi saya okay sebab sekarang ni lagi seronok sebab tidak terlalu protokol sangat," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi