suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hael & Dayang ‘sorok’ nikah sebab kontrak? Aeril Zafrel dan Wawa Zainal saran buat pengumuman jika sudah kahwin bagi elak fitnah

SUSULAN dakwaan kononnya penyanyi Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah tidak boleh mengumumkan perkahwinan mereka kerana terikat dengan kontrak, timbul pula perbincangan dalam kalangan netizen yang mengaitkan isu itu dengan pengalaman pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sebelum ini.

Mengulas perkara itu, Aeril atau Suhairil Sunari, 38, mengakui tidak mengetahui kesahihan dakwaan mengenai status perkahwinan Hael dan Dayang, termasuk desas-desus kononnya kedua-dua penyanyi berkenaan terikat dengan kontrak tertentu.

Bagaimanapun, Aeril berpendapat sekiranya dakwaan itu benar, adalah lebih baik perkara berkenaan diumumkan bagi mengelakkan timbulnya spekulasi dan fitnah dalam kalangan masyarakat.

"Saya tak tahu mereka dah kahwin atau belum. Ura-ura pun tak pernah dengar, jadi tak tahu kalau mereka ada kontrak seperti diperkatakan.

"Tapi bagi saya, seeloknya diuar-uarkan sebab bila orang tak tahu status kita, mereka akan berteka-teki atau timbul fitnah.

"Bila dah jadi selebriti ini, bukan jaga air muka sendiri sahaja, tetapi keluarga serta orang sekeliling," katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis pelancaran rasmi Protox.

Sementara itu, Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 24, pula berpandangan Hael dan Dayang mungkin mempunyai alasan tersendiri sekiranya dakwaan mengenai perkahwinan mereka itu benar.

Menurut Wawa, kedua-dua penyanyi berkenaan mungkin mempunyai perancangan sendiri dan akan berkongsi perkara tersebut kepada umum apabila tiba masa yang sesuai.

"Bagi saya, mereka ada sebab sendiri. Mungkin mereka akan umumkan pada masa sesuai kalau betul dakwaan itu," jelasnya.

Untuk rekod, sebelum ini media melaporkan foto yang didakwa memaparkan perkahwinan Hael dan Dayang tular, selain timbul dakwaan mereka sudah mendirikan rumah tangga pada Jun lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi