suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahagi pendapatan sama rata, Cat Farish kongsi pengalaman urus duit elak salah faham sesama ahli kumpulan

PENYANYI dan komposer Cat Farish memberitahu pembahagian wang dalam kumpulan Ruffedge dilakukan secara sama rata bagi mengelakkan sebarang perselisihan faham antara ahli.

Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 52, berkata, setiap perkara berkaitan kewangan perlu dibincangkan secara terbuka supaya semua ahli memahami pembahagian yang dibuat.

Menurutnya, isu wang boleh menjadi punca perbalahan sekiranya tiada ketelusan dalam menguruskan pendapatan, lebih-lebih lagi apabila terdapat ahli yang melakukan lebih banyak kerja berbanding anggota lain.

"Bahagi sama rata. Fasal duit, adik-beradik boleh bergaduh, malah mak pun boleh bergaduh dengan anak sebab duit.

"Dalam kumpulan, pembahagian wang ini kadang-kadang ada yang buat kerja lebih dan ada yang sebaliknya.

"Sebab itu kena isytiharkan semuanya supaya jelas kepada setiap ahli kumpulan," katanya kepada mStar.

Berkongsi pengalaman bersama Ruffedge, Cat berkata mereka sudah dididik untuk menguruskan soal kewangan sejak mula aktif dalam industri muzik pada 1997.

Malah, dia mendedahkan kumpulan itu pernah menerima bayaran serendah RM20 untuk satu persembahan ketika bergerak dalam dunia muzik underground.

Menurut Cat, jumlah tersebut dibahagikan kepada setiap ahli dan pengalaman berkenaan mengajar mereka untuk tidak menjadikan wang sebagai punca pergaduhan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi