suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dikecam kerana status ibu tunggal, Ayu Kepoh pilih abaikan... “Kadang-kadang orang cakap patutlah bercerai”

SERING menjadi sasaran kecaman netizen, pempengaruh Ayu Kepoh memberitahu dia sudah lali berdepan pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya.

Menurut Ayu atau Noor Hidayu Ahmad Termizi, 34, statusnya sebagai ibu tunggal juga sering menjadi perhatian sehingga ada segelintir pihak mengaitkan perkara itu dengan kisah peribadinya.

“Isu ibu tunggal ini sebenarnya bukan perkara baharu bagi saya. Saya sudah dua kali berkahwin dan perkara seperti ini sudah biasa saya hadapi.

“Banyak tohmahan yang saya terima. Kalau saya sedang tular, ada yang kata patutlah saya bercerai. Tapi saya tidak ambil kisah pun.

“Mereka tidak tahu apa yang saya lalui atau perkara sebenar yang berlaku. Yang tahu sahaja akan faham,” katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai kecaman yang diterima, Ayu mengakui ada masanya dia terkesan dengan kata-kata negatif daripada netizen.

Bagaimanapun, anak-anak menjadi sumber kekuatan buat dirinya untuk terus bangkit dan menjalani kehidupan seperti biasa.

“Kecaman yang saya terima itu pernah juga membuatkan saya ‘koyak’ dan tertekan. Tapi sebenarnya perkara itu juga yang membuatkan saya lebih kuat dan bersemangat untuk teruskan hidup.

“Anak-anak adalah penguat semangat saya untuk terus melangkah. Jadi kalau ada yang mengecam, saya pilih untuk abaikan,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi