suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hampir tiga tahun menyanyi di kelab malam, Zahid sedar nama makin tenggelam gara-gara tiada single baharu

PENYANYI Zahid mengakui namanya semakin tenggelam dalam industri muzik selepas tidak menghasilkan sebarang single baharu sejak kebelakangan ini.

Zahid atau Zahid Baharuddin, 46, berkata, dia bagaimanapun masih aktif menyanyi dan kini sudah hampir tiga tahun bekerja di kelab malam.

Menurutnya, keputusan untuk tidak mengeluarkan lagu baharu menyebabkan ramai menyangka dia sudah tidak lagi aktif dalam bidang nyanyian.

“Silap saya juga kerana tidak keluarkan apa-apa single. Jadi, apabila tiada lagu baharu, orang ingat saya sudah tidak menyanyi.

“Sebenarnya, saya masih menyanyi di kelab malam. Cuma mungkin orang sekitar Lembah Klang sahaja yang tahu kerana saya pun kurang aktif di media sosial,” katanya kepada mStar.

Berkongsi mengenai penglibatannya dalam program Gegar Vaganza Fantasia, Zahid menyifatkan pengalamannya menyanyi di kelab malam sebagai satu kelebihan, terutama dalam membantu membina stamina untuk membuat persembahan.

Katanya, rutin menyanyi dalam jumlah lagu yang banyak setiap malam secara tidak langsung melatih ketahanan vokal dan fizikalnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi