suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sorakan peminat bergema sambut Siti Nurhaliza, Aina Abdul tampil unik jadi ‘salad’ di karpet merah AIM25

KARPET merah Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) berlangsung meriah di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak pada malam Sabtu.

Kehadiran barisan selebriti tanah air yang tampil dengan pelbagai gaya dan fesyen turut menghangatkan suasana sepanjang acara berkenaan.

Suasana bertambah gamat apabila biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, melangkah ke karpet merah.

Jeritan dan sorakan peminat kedengaran begitu kuat sebaik sahaja kelibat penyanyi itu muncul di hadapan mereka.

Tidak kurang mencuri perhatian ialah penyanyi Aina Abdul yang tampil dengan busana berwarna hijau berkonsepkan ala ‘salad’.

Penampilan unik Aina itu pastinya menjadi antara gaya yang mencuri tumpuan di karpet merah AIM25 pada malam tersebut.

Selain Siti Nurhaliza dan Aina Abdul, acara karpet merah AIM25 turut menyaksikan kehadiran ramai penggiat industri muzik tanah air yang tampil dengan gaya tersendiri bagi memeriahkan malam penuh berprestij itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi