BABAK pelakon Meerqeen mendukung aktres Hannah Delisha dalam drama bersiri Viu, Dia Perempuan Sialan, menjadi perhatian apabila ada penonton yang berasa kurang senang melihat adegan tersebut.Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 25, berkata babak berkenaan dilakukan berdasarkan kehendak skrip serta persetujuan semua pihak yang terlibat. “Secara logiknya, kalau nak dibahaskan tentang perkara ini, saya rasa kalau isteri saya yang berlakon dalam situasi sama pun, saya akan buat benda yang sama juga.Antara babak yang menjadi perhatian netizen.“Perkara itu dilakukan dengan persetujuan masing-masing, iaitu saya, pengarah dan juga Hannah.“Saya rasa lakonan ini semuanya tentang logik. Jadi, kami buat babak itu kerana kehendak skrip dan babak tersebut memang memerlukan interaksi sebegitu,” katanya ketika ditemui semasa Malam Gala dan Tayangan Perdana Viu Original Dia Perempuan Sialan di TGV Pavilion Damansara Heights pada malam Selasa.Meerqeen berkata, dia menyedari tindakan tersebut mungkin menimbulkan pandangan berbeza, namun menganggapnya sebagai sebahagian daripada tanggungjawab seorang pelakon.“Saya anggap perkara itu sebahagian daripada tugas. Saya tak kata apa yang saya buat itu benda yang betul, tetapi seperti yang saya katakan, ia berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak.ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen ke Bali atas urusan kerja bukan 'dating'ARTIKEL BERKAITAN: Meerqeen terpaksa langgar prinsip, terlibat drama seram sebelum adik berusia 10 tahun“Saya pun ada bertanya kepada Hannah, ‘Okey tak kalau kita buat?’ Lepas itu, dia kata okey. Saya rasa secara logiknya, babak itu memang perlu dibuat begitu,” ujarnya.Dalam pada itu, Meerqeen mengakui pada awalnya dia berharap babak berkenaan dapat diselesaikan dalam satu kali rakaman sahaja.Jelasnya, permintaan tersebut lebih kepada menjaga keselesaan dirinya ketika menjayakan babak berkenaan.“Kalau boleh, saya memang nak buat sekali penggambaran sahaja. Tetapi akhirnya babak itu dibuat sebanyak dua kali. Saya tak mahu timbul sebarang salah faham atau apa-apa perkara lain.MEERQEENPELAKON“Bagi saya, lakonan bukan tentang selesa atau tidak selesa semata-mata. Ia juga berkaitan dengan situasi yang berlaku dalam kehidupan sebenar.“Saya tak mahu timbul sebarang salah faham atau apa-apa perkara lain. Jadi, bagi saya, itu juga sebahagian daripada kesopanan saya ketika melakukan babak tersebut,” jelasnya.Meerqeen pada masa sama berkata dia tidak terlalu memikirkan reaksi netizen, namun menyedari setiap perkara berkaitan dirinya mudah menjadi perhatian.“Cuma saya sedar apa sahaja cerita tentang saya, orang akan bercakap juga, terutama mengenai saya dan pasangan saya. Jadi, saya lebih berhati-hati.Meerqeen (kiri), Hannah dan Amerul (kanan) bergandingan dalam drama Dia Perempuan Sialan.“Kalau boleh, saya tak nak mengganggu momentum dalam lakonan dan juga aliran cerita,” kongsinya.Dia Perempuan Sialan atau turut dikenali sebagai The Hidden Hand mengisahkan cerita rakyat Melayu yang sarat dengan elemen dendam, seram supernatural dan thriller.Siri 12 episod itu turut meneroka sisi gelap keluarga, pengkhianatan dan dendam, sekali gus mengetengahkan dimensi baharu dalam penceritaan kandungan original Viu Malaysia.Idea asal karya tersebut dicetuskan oleh Erma Fatima dan disambung oleh Siti Jasmina Ibrahim serta diarahkan Nur Ain Sharif.Selain Meerqeen dan Hannah Delisha, siri berkenaan turut dibintangi Caitlin Halderman, Datin Sri Umie Aida, Nadia Aqilah, Farah Ahmad dan Amerul Affendi.