suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yasin Sulaiman sempat gubah 12 lagu dalam penjara... “Ada kertas dengan pensel saja jadi saya hafal”

Yasin imbau kembali hasilkan lagu dalam penjara.

SEPANJANG menjalani hukuman penjara, penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berjaya menghasilkan kira-kira 12 lagu lengkap bersama lirik, melodi dan susunan muzik.

Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 51, berkata dia juga sudah mempertimbangkan beberapa penyanyi yang dirasakan sesuai untuk membawakan karya tersebut.

“Untuk diri saya mungkin saya akan nyanyikan lebih kurang empat atau lima lagu. Selebihnya saya sudah terfikir nak tawarkan kepada siapa.

Yasin akui banyak masa terluang semasa di penjara.

“Sudah ada beberapa penyanyi yang saya bayangkan akan menyanyikan lagu-lagu tersebut, tetapi rahsia dulu,” katanya.

Berkongsi mengenai proses menghasilkan lagu ketika berada di penjara, Yasin memberitahu dia tidak mempunyai sebarang peralatan muzik dan hanya bergantung kepada kertas dan pensel.

Menurutnya, dia terpaksa menghafal setiap melodi yang dicipta sebelum menulis lirik dan mengembangkan idea tersebut.

“Tak ada alatan. Saya ada kertas dengan pensel sahaja, jadi saya hafal.

ARTIKEL BERKAITAN: Cerita dalam penjara cetus kontroversi, Yasin Sulaiman mohon maaf tarik balik kenyataan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan penjenayah“ - Yassin Sulaiman abai pandangan serong status bekas banduan

“Saya tak pandai tulis not muzik, jadi saya akan hum (dendangkan) melodi itu, kemudian tulis dan cuba ingat melodi tersebut.

“Semua 12 lagu itu saya hafal. By heart,” ujarnya.

Tambah Yasin, tempoh berada di penjara memberinya banyak masa untuk memperhalusi setiap karya yang dihasilkan.

“Satu hari itu tak ada buat apa. Hari terasa sangat panjang. Jadi kita boleh hum, boleh sempurnakan lagu dan ada banyak masa,” kongsinya.

Saya minta sebuah komputer riba dan mereka berikan.

YASIN SULAIMAN

PENYANYI/KOMPOSER

Dalam masa sama, Yasin memberitahu proses menyiapkan karya berkenaan diteruskan selepas dia dipindahkan ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

“Bila saya sudah selesai di penjara dan dibenarkan masuk ke Hospital Bahagia, saya minta sebuah komputer riba dan mereka berikan.

“Jadi apabila sudah ada komputer riba, saya boleh gunakan perakam dan beberapa peralatan untuk merakam lagu serta mengembangkan karya yang sudah saya hasilkan,” jelasnya.

Pada 2 September 2026, Yasin dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani rawatan dan pemantauan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Yasin baharu sahaja lancarkan lagu baharu berjudul Yang Tinggal.

Untuk rekod, pada 22 Ogos 2024, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan terhadap Yasin selepas mendapati dia bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang membebaskan Yasin pada 29 November 2023.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 28 April 2025 melepas dan membebaskan Yasin daripada pertuduhan berkenaan serta memerintahkan dia ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga mendapat perkenan Sultan Selangor.

Keputusan tersebut sekali gus mengetepikan hukuman penjara seumur hidup dan 16 sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Yasin sebelum ini berdepan tiga pertuduhan iaitu memiliki kanabis seberat 193.7 gram, menanam 17 pokok kanabis dalam pasu plastik berisi tanah serta menggunakan dadah berbahaya terhadap dirinya sendiri.

Artikel Lain