suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ellie Suriaty persoal tujuan pementasan teater, sentuh Rukun Negara bukan hal remeh... “Apa yang awak tak puas hati sangat?”

Ellie menyifatkan kontroversi pementasan teater This Is Malaysia mempersendakan prinsip Rukun Negara.

PELAKON Ellie Suriaty menyifatkan kontroversi pementasan teater This Is Malaysia yang didakwa mempersendakan prinsip Rukun Negara serta Perlembagaan Persekutuan sebagai satu isu berat yang tidak boleh dipandang remeh.

Ellie, 54, berpendapat pengisian naskhah berkenaan jelas bukan dihasilkan secara kebetulan, sebaliknya dipercayai sebagai cubaan menyebarkan naratif kebencian.

Bercakap atas kapasiti pengalamannya dalam dunia teater bahasa Melayu dan Inggeris, Ellie mendedahkan wujud segelintir kelompok dalam ruang seni tanah air yang cenderung membawa agenda sedemikian.

Ellie mendedahkan wujud segelintir kelompok dalam seni tanah air membawa naratif kebencian. 

“Saya rasa malang sekali sebab perkara itu berlaku pada 2015 dan baru sekarang kita perasan. Maknanya pementasan itu dipertontonkan untuk sekelompok orang yang mempunyai satu pemikiran. Saya rasa ini kumpulan liberal sekular.

“Rukun Negara diwujudkan pada 1970 untuk meredakan ketegangan peristiwa 13 Mei 1969, ini benteng keselamatan negara. Jadi apabila ada kumpulan tidak bertanggungjawab menyentuh mengenainya, apa modus operandi mereka?

“Di sebalik rumah teater pentas ini, ada NGO liberal sekular yang terlibat," katanya kepada mStar ketika ditemui di sidang media telefilem Miselia di RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Selasa. 

Dalam masa sama, Ellie juga meluahkan rasa kesal apabila lima prinsip kenegaraan dijadikan bahan ejekan dan sindiran di atas pentas.

ARTIKEL BERKAITAN: Ellie Suriaty mohon berhenti panggil ‘retis’, anggap jatuhkan maruah anak seni

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Suriaty bidas artis popular angkuh, tidak hormat pasukan - “Ramai lagi orang ‘famous‘ dalam bidang ini“

“Apa yang awak tidak puas hati sangat sampai sanggup permainkan Rukun Negara? Bila awak sentuh isu ini, kalau budak-budak tengok ia sangat bahaya.

"Apa untungnya menyemai kebencian terhadap perkara yang menyatupadukan kaum? Di mana kesopanan dan kesusilaan anda?” ujarnya.

Dalam pada itu, Ellie turut mencadangkan agar pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperketatkan prosedur penapisan karya teater di Malaysia.

Eliie harap isu tersebut dapat dibanteras. 

“Setelah berlakunya teater yang merosakkan nama baik Malaysia ini, saranan saya mungkin agak keras. Setiap penerbitan tidak kira teater Melayu, Inggeris, Cina atau Tamil, semua patut melalui KDN.

“Pihak kementerian perlu teliti dan semak skrip terlebih dahulu, sama seperti prosedur sesebuah penerbitan filem yang perlu melalui Bukit Aman sekiranya membabitkan elemen polis, askar atau senjata api,” ujarnya. 

Sebelum ini, rakaman video berdurasi kira-kira 10 minit memaparkan petikan pementasan This Is Malaysia tular di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Video berkenaan memaparkan lima individu sedang melafazkan ikrar Rukun Negara namun diselang-selikan dengan lontaran dialog serta kenyataan yang menyentuh sensitiviti perkauman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain