suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sathia tetap positif sambut Deepavali… Kehilangan sebelah kaki bukan asbab nak bersedih, terima kunjungan tetamu di hari perayaan

MESKIPUN berdepan perubahan besar pada fizikalnya selepas kehilangan kedua-dua belah kaki, pelawak Sathia Periasamy memberitahu dia tetap mahu menyambut Deepavali seperti kebiasaannya setiap tahun.

Sathia, 62, berkata dia tidak merancang mengadakan sambutan secara besar-besaran sebaliknya memilih untuk meraikan perayaan itu di rumah bersama rakan-rakan yang datang berkunjung.

Menurutnya, kehadiran sahabat handai daripada pelbagai kaum sudah cukup memeriahkan suasana dan membuatkan sambutan Deepavali lebih bermakna.

"Masih ada kerja kadang-kadang sibuk dengan penggambaran di sana sini. Sekarang semuanya menggunakan kerusi roda dan motosikal roda tiga boleh la kena belajar berjalan dahulu. Saya duduk di rumah sahaja banyak kawan datang ke rumah. 

"Tidak ada apa-apa yang istimewa. Yang penting, semua gembira. Ramai kawan datang, bukan orang Melayu sahaja semua datang dari pagi sampai malam bersembang tetap gembira sebab Deepavali ini juga masa untuk kita mengingati mereka yang sudah meninggal dunia tetapi dalam masa sama kita perlu terus bergembira dan menghargai kehidupan.

"Setiap tahun, kami akan menyambut Deepavali dengan sembahyang dan kemudian mengadakan jamuan makan. Itu memang menjadi kebiasaan kami. Kawan-kawan semua datang dan sesiapa sahaja boleh datang, tidak kira siapa. Yang penting, kita dapat berkumpul dan bergembira bersama-sama," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi