suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karpet merah ASA 2026 meriah... Kemunculan Noorkhiriah dan busana ‘matcha strawberry’ Nad Zainal paling memukau

ACARA karpet merah malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 berlangsung meriah dan penuh warna-warni di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Pelbagai gaya fesyen menarik diperagakan selebriti dan tetamu yang hadir bagi memeriahkan acara berprestij itu, sekali gus mencuri perhatian menerusi pilihan busana masing-masing.

Antara yang menjadi tumpuan ialah kemunculan pelakon Noorkhiriah yang sebelum ini menyepi daripada media sosial.

Kehadirannya di karpet merah pastinya menarik perhatian peminat yang ingin melihat perkembangan terbaharu aktres berkenaan.

Tidak ketinggalan, pelakon Nad Zainal turut mencuri perhatian menerusi pilihan busana berwarna ‘matcha strawberry’ yang tampil berbeza daripada gaya kebiasaannya.

Nad berkata, warna berkenaan jarang menjadi pilihannya memandangkan dia lebih kerap menggayakan busana berona gelap dan pastel.





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi