suria

Shermine tak halang View Chin jumpa anak, terkejut tiba-tiba nama viral... Tiga hari ‘camping’ punca gagal dihubungi

PERSONALITI media sosial Shermine Hau Ah Moi tampil mengulas kenyataan bekas suami iaitu View Chin yang mendakwa dia menghalang anak-anak bertemu ketika sambutan Aidilfitri lalu.

Menurut Shermine atau nama sebenarnya Hau Shi Ni, 35, dia tidak melarang mereka bertemu, namun ketika kejadian itu dia berada di luar kawasan sehingga sukar dihubungi.

“Mana ada saya halang anak untuk berjumpa sebab waktu itu saya sudah beritahu bekas suami yang saya pergi ‘camping’ dalam hutan jadi memang susah untuk dapat talian.

“Kalau nak jumpa anak boleh saja tunggu saya balik tapi lain pula sebab tiba-tiba nama saya jadi tular sebab kata saya tak bagi jumpa anak.

“Saya okay saja kalau nak jumpa anak tiada masalah pun, kalau boleh perkara ini jangan dihebahkan baik selesai dengan cara baik saja,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi