suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nama dipetik jadi punca, Rahim jawab isu tunjuk video Shuib kepada Jep... “Saya tak ada kena-mengena”

PELAWAK Rahim Sepahtu meminta orang luar agar tidak ikut campur atau memberikan sebarang komen berhubung konflik yang membabitkan dua rakan seperjuangannya, Jep dan Shuib.

Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 56, menegaskan bahawa kedua-duanya perlu diberikan ruang dan privasi untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku secara tertutup tanpa melibatkan pengetahuan umum.

“Saya bukanlah orang yang tepat untuk mengulas perkara ini sebab masalah yang berlaku ni melibatkan isu dalaman mereka (Jep dan Shuib) dan hanya mereka saja yang dapat selesaikan perkara ini.

“Saya harap sahabat netizen semua untuk berikan mereka ruang dan buat keputusan mereka sendiri sebab hanya mereka saja tahu apa yang berlaku, kita sebagai orang luar ini tak perlu ikut campur tangan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rahim turut menafikan dakwaan kononnnya menjadi orang ketiga perbalahan yang berlaku susulan namanya turut disebut oleh Jep Sepahtu dalam kenyataannya sebelum ini.

“Sebenarnya video itu sudah lama dan waktu saya tunjuk tu masa tu hubungan saya dengan Shuib agak dingin dan ketika kejadian saya hanya bersembang kosong dengan Jep… lagipun video tu memang sudah dikeluarkan bukan saya reka cerita,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi