suria

Idea spontan lelaki pakai tudung hiburkan ibu buat netizen tersentuh, gemar rakam momen bersama

LELAKI bernama Muhammad Amirul Muslimin Abdullah tidak menyangka perkongsian video dirinya menjaga ibu di hospital mencuri perhatian netizen sehingga hampir mencecah dua juta tontonan di aplikasi TikTok.

Menurut Amirul Muslimin atau mesra disapa Mus, 30, kejadian itu berlaku ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini selepas ibunya diserang strok ringan buat kali kedua.

“Sebelum sambutan Aidilfitri, ibu saya kena serangan strok ringan untuk kali kedua dan dimasukkan ke hospital.

“Saya rakam video tersebut pada hari raya kedua. Adik-beradik lain sudah jumpa masa raya pertama, tapi ibu asyik bertanya mana anak-anak.

“Tujuh atau lapan kali dia tanya ‘kakak mana’. Saya dah terangkan, tapi dia tanya lagi. Jadi saya nampak tudung di sebelah, saya pakai saja untuk bergurau dengan ibu,” katanya kepada mStar.

Berkongsi lanjut, Mus yang bekerja sebagai jurulatih peribadi (personal trainer) meluahkan rasa syukur kerana majikan serta pelanggannya memahami situasi yang dihadapi ketika ini.

Katanya, walaupun pendapatannya berkurang ketika tempoh dia menjaga ibunya, Mus tidak menganggap perkara itu sebagai satu beban kerana mahu mengutamakan keluarga. 

“Saya kerja sebagai personal trainer, Alhamdulillah klien dan majikan faham keadaan saya yang kadang-kadang perlu jaga ibu.

“Dalam bidang ini, kalau kita kerja lebih pendapatan pun lebih. Jadi bila saya kurangkan kerja untuk jaga ibu, memang terasa daripada segi pendapatan bulanan.

“Tapi saya tak kisah sebab bila dapat jaga dia, saya rasa seronok. Lagipun cuma sementara, lepas itu saya boleh cari dan tambah semula pendapatan macam biasa,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi