suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Firman bertolak ansur, rahsia kekal 10 tahun bersama Hyper Act... “Bukan nak salahkan vokalis terdahulu”

HAMPIR 10 tahun bergelar vokalis kumpulan Hyper Act, penyanyi Firman menyifatkan komunikasi sebagai kunci utama untuk mengekalkan keharmonian dan bertahan bersama kumpulan itu.

Firman atau Firman Bansir, 37, berkata, sikap saling bertolak ansur juga penting bagi memastikan hubungan antara anggota kumpulan sentiasa terpelihara.

Malah, Firman memberitahu hubungan Hyper Act bersama bekas vokalis terdahulu masih baik dan tidak pernah terputus meskipun sudah tidak lagi bersama dalam satu kumpulan.

"Sebenarnya komunikasi faktor utama. Kalau komunikasi antara anggota kumpulan itu bagus, saya rasa tiada masalah.

"Bukan saya nak salahkan penyanyi terdahulu, mereka okey dan kami masih berkumpul bersama. Malah, pernah sahaja buat persembahan bersama.

"Tapi dalam sesebuah band, saya kena ada tolak ansur sebab saya bukan perintis kumpulan ini. Saya macam generasi ketiga," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, penyanyi Ronnie Hussein dan Kecik Ogie merupakan bekas vokalis yang pernah menganggotai kumpulan Hyper Act.

Selain Firman selaku vokalis utama, Hyper Act turut dianggotai Toi yang bermain bass serta bertindak sebagai vokalis kedua, Freddy Ady Putra Adnan (gitar utama), Etan (gitar), Ejam (dram) dan Loco (keyboard).

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi