suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih lantang perjuang isu Palestin, Zizi Kirana tak kecil hati ada jenama enggan kerjasama

PENYANYI Zizi Kirana menyifatkan pengalaman yang dilaluinya ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza menjadi antara sebab semangatnya untuk terus memperjuangkan isu Palestin tidak pernah luntur.

Menurut Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 41, pengalaman berdepan pelbagai cabaran sepanjang misi tersebut merupakan sesuatu yang tidak akan pernah dilupakannya.

“Mungkin sebab saya pernah melalui perjalanan misi kemanusiaan itu sendiri.

“Saya berada dalam situasi misi kami disekat, diserang, dimasukkan ke penjara dan kemudian diseksa.

“Jadi, benda itu yang saya ingat supaya saya jangan berhenti berjuang,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zizi tidak menafikan pendiriannya yang lantang menyuarakan isu Palestin turut memberi kesan terhadap beberapa tawaran kerja yang diterimanya.

Malah, katanya, ada klien yang memberikan alasan tidak dapat bekerjasama dengannya kerana menganggap dia terlalu lantang dalam menyuarakan pendirian berkaitan isu berkenaan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi