suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siri animasi The Eggies idea Vince, mahu kanak-kanak belajar nilai murni

PENYANYI Vince Chong mendedahkan idea menghasilkan siri animasi kanak-kanak, The Eggies tercetus selepas dia melihat kandungan kartun yang ditonton anak-anaknya.

Vince, 47, berkata dia terpanggil untuk menghasilkan sebuah program khas buat golongan kanak-kanak yang bukan sahaja menghiburkan, malah turut menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap episod.

Menurutnya, dia mahu memastikan setiap episod mempunyai mesej positif yang boleh dijadikan pengajaran oleh penonton cilik.

"Sejak saya jadi seorang bapa, saya tengok anak-anak lihat kartun yang tiada moral dan nilai-nilai murni.

"Jadi saya ambil cabaran untuk hasilkan program khas untuk kanak-kanak yang setiap episod ada nilai murni.

"Semua lagu dihasilkan sendiri dan merupakan karya asli, bukan menggunakan kecerdasan buatan (AI)," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi