suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Artis pun buat content bersama influencer... Fuad Nasir seronok lihat hubungan semakin akrab tiada lagi jurang

PERSONALITI media sosial Fuad Nasir menyifatkan hubungan artis dan personaliti media sosial  kini dilihat semakin baik berbanding ketika awal kemunculan dalam industri hiburan.

Fuad, 34, berkata tanggapan itu timbul susulan rasa kurang senang lebih-lebih lagi membabitkan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Bagaimanapun, Fuad berpendapat keadaan semakin berubah dan kedua-dua pihak boleh terima serta semakin memahami peranan masing-masing dalam industri.

“Mungkin pada waktu itu kehadiran influencer menyebabkan ada ramai pihak yang rasa tergugat, terutama dari segi peluang kerja dan sumber pendapatan. Mungkin sebab perkara itu masih baharu ketika itu.

“Saya rasa sekarang semua orang sudah faham. Artis sendiri pun sudah ada yang menghasilkan kandungan di media sosial untuk mencari peluang kerja dan pendapatan, saya tak pernah mengalaminya sebab saya baik dengan rakan-rakan artis lain.

“Saya rasa sekarang semuanya okey sahaja. Kita berkawan dengan Tok Ram dan artis-artis senior yang lain ada Abang Kaza, Abang Rahim, Ali Puteh dan ramai lagi artis lama, kita tak boleh pukul rata. Mungkin ada segelintir yang begitu sama ada artis atau influencer, kita semua sama sahaja bekerja untuk mencari duit dan mencari rezeki,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi