suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup gemuk demi karakter, Syazwan Zulkifly rasa berat dan kurang stamina… Badan pernah cecah 89 kilogram

PELAKON Syazwan Zulkifly mengakui tidak kisah mengubah bentuk badannya daripada kurus kepada lebih berisi demi tuntutan watak.

Syazwan, 39, berkata dia pernah menaikkan berat badannya sehingga 89 kilogram demi menjayakan watak dalam filem yang memerlukan dirinya tampil berbeza.

Menurutnya, perubahan fizikal itu penting bagi memastikan karakter yang dibawakan lebih sesuai dengan jalan cerita dan terbuka untuk melakukan perkara itu.

"Sebenarnya perubahan berat badan saya ni lebih kepada kesesuaian dengan watak, sebelum ni saya bawa watak dalam filem Orang Perang dan masa tu memang tak ada masa untuk saya kecilkan badan.

“Kemudian lepas tu saya dapat watak seorang bapa, dan anak saya dalam cerita tu dilakonkan oleh pelakon yang berumur 25 tahun, jadi kalau saya terlalu kecil, mungkin nampak macam tak logik tapi sekarang dalam proses untuk turun berat badan balik.

"Waktu tu berat cecah 89 kilogram tapi sekarang  turun 79 kilogram macam tu, ambil masa setahun untuk gemuk dan badan jadi berat, stamina kurang sikit macam tak cukup nafas tapi lama-lama nanti okay," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Syazwan bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Orang Perang Senoi Praaq : The Silent Killer yang bakal menemui pawagam pada 1 Oktober ini.

Filem ini juga turut dibintangi oleh Niezam Zaidi, Ammar Alfian, Fadhli Masoot, Dewa Arteh, Josiah Hogan, Adam Corrie, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi